Sunday, March 30, 2008

Mutiara kata (iii)

"Sekali-kali tidak Allah mengurniakan nikmat kepada seorang hamba, kemudian Dia tarik nikmat itu dan Dia gantikan dengan kesabaran, kecuali bahawa Allah menggantikannya dengan yang lebih baik dari apa yang telah Dia cabut darinya." -Umar Abdul Aziz r.a

Monday, March 24, 2008

Mampukah aku menjadi yang terbaik..

Soalan yang selalu bermain di benakku.. Aku ingin menjadi yang terbaik untuk penciptaku, mak ayah, kakak, adik2 saudara mara, rakan2,guru2, bakal suamiku, anak-anakku kelak.
tp mampukah aku sebagai insan lemah menggembirakan semua org..membahagiakan semua orang...
Susahnye nak puaskan hati semua orang dan mungkin tak akn pernah mampu. Apakah aku dilahirkan untuk hidup bersendirian agar aku tidak menyakitkan hati insan2 lain..Ya Allah andainya takdir ku begitu aku serahkan hatiku untukMu...Lorongkan lah aku menjadi hamba yang terbaik untukMu..amin...
Sungguh hati kecilku sering menangis bila ada hati yg tergurid di sebabkanku. Tuhan berikanlah aku kekuatan
Untuk insan2 yang pernah kusakiti kemaafan jua yang kupinta..Diri ini sgt lemah aku akui aku sgt sukar untuk mengerti ape yang kalian semua harapkan dariku..
Aku hanyalah insan biasa..

Friday, March 21, 2008

Tentang cinta..

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Sunday, March 16, 2008

Harap mengerti isi hatiku...

Tak mudah untuk memahami dan difahami...
Apalah gunanya kita memiliki sesuatu di atas kesengsaraan dan kesedihan org lain
Semoga bertemu dgn bahagia yang dicari..
Pintaku agar kau benar2 bahagia..

Dua tiga hari ni hatiku tak tenteram entah mengapa sukar untuk dimengertikan..
Mood study pun dah melayang entah ke mana
Susahnye nak faham ape yang bermain dalam fikiran dan hatiku
Adakala kedua-duanya bercaggah,
aduh pening2..
Kepada yang ada terasa hati dengan perilaku diri ini sejuta kemaafan kupohon..
Agar kalian mengerti..

Saturday, March 15, 2008

Kerana dia manusia biasa..

Assalamualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni rase sangat malas dan tak de mood nak buat ape2..kenape ye? (Ya Allah berikanlah aku kekutan dan ketenangan amin..)

Tengah bosan2 tetibe nampak status menarik tuan empunya ialah mar-chan~ rakan ku di prague rakan yang baru sekali bertemu tapi rase mcm dah lame jumpe hehehe..
Pantas jemariku menekan pautan yang menjadi status mar chan~ terpampanglah halaman blog yang penuh contengan si mar ni =D

tibe2 hati rasa terpaut dengan entry terbaru mar ni yang difahamkan turut di copy paste dari halaman blog ukhti yusrina juga kakakku yg dulu belajra di Ausie..tapi sekrang dah keje kan kak yus =) saje rase nak kongsi dengan kawan2 sume menyentuh hati sungguh warkah cinta yang luar biasa ini..
.........................................................................................................................................................................

Kerana Dia Manusia Biasa ...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Bermacam-macam jawapan akan saya terima.. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan berbaur duniawi.Tapi, ada SATU jawapan yang sangat menyentuh hati saya. Hingga saat dan waktu ini, saya masih ingat setiap perincian kata-katanya. Jawapan itu datang dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya, bagi saya sungguh ajaib.Mereka hanya berkenalan 2 BULAN . Lantas, terus membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Untuk seorang gadis ( sahabat saya itu ) yang bukan dari kumpulan usrah, ia memeranjatkan saya. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak akan hairan kerana proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Namun dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati pada mana-mana lelaki.. Ketika dia menyampaikan hasratnya untuk bernikah, saya lansung tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Mungkin bagi saya, ia terlalu awal untuk benar-benar mengenali seseorang. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya... Benarkah dia? Seriuskah dia?Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu ? Apakah yang dilihatnya pada si pemuda hingga 2 BULAN sudah memadai untuk suai kenal.. Memikirkan sikap sahabat saya, saya yakin dia akan memilih dengan berhati-hati. Bisikan di hati saya, mengatakan yang pastinya pemuda itu mempunyai sesuatu kriteria yang istimewa. Jika tidak, masakan seorang yang cerewet seperti sahabat saya itu bisa memutuskan untuk bernikah secepat ini. Sayangnya, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).Hinggakan tiada kesempatan untuk saya melontar pertanyaan yang berlegar-legar di kepala.Saya tidak dapat membantunya dalam menyediakan keperluan pernikahan. Tidak seperti yang saya inginkan . Yang termampu hanyalah menyampaikan idea dan pendapat serta menjawab sebarang pertanyaan sahabat tercinta melalui teknologi yang bermula dengan ciptaan encik Alexander Graham Bell, handphone (",)Beberapa kali juga saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Saya berharap agar hari-hari yang diluangkan bisa merapatkan ukhuwah yang sedikit berjarak lantaran sibuknya kami dengan urusan masing-masing. Apatah lagi, sahabat saya itu akan mendirikan rumah tangga. Akan menjadi pembantu kepada pimpinan suaminya. Pasti tika itu, masa untuk bersama-sama akan lebih sedikit.Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, barulah kami dapat berbual-bual . Berdua. Alhamdulillah. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, membuat tubuh badan kami sedikit sengal.Namun, kesempatan yang ada tak ingin kami biarkan.Banyak sungguh perkara yang ingin saya tanyakan. Banyak juga yang dia ingin luahkan. Seringkali, perbualan terhenti kerana mamanya mengetuk pintu, menyuruh kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja."Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.""Betul..Betul" Dia bangun dan mematikan lampu neon bilik . Suiz lampu kuning dari lampu meja ditekan. Dalam suram cahaya itu, kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual tentang banyak perkara ; tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Bagaikan cahaya neon tadi, aura cinta dan persahabatan bagai menerangi bilik ketika itu.Dan akhirnya terlontar juga pertanyaan yang selama ini saya pendamkan."Kenapa kamu memilih dia?"Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraba HP dibawah bantal yang saya gunakan.. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Saya sedikit keliru. Surat penerimaan bekerjakah? Penyata gaji kah? Kerutan di kening saya buat si sahabat tertawa."Buka aja." bilangnya sambil menepuk bahu saya.Sekeping kertas ditarik keluar. Kertas putih bersaiz A4 itu bukan penyata gaji ( alhamdulillah. hihihi ), tapi surat."Teruknya dia ni." usik saya kepada sahabat tercinta, kerana si pemuda menulis surat menggunakan kertas dari Syarikatnya.. Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum, sementara gadis dihadapan saya cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
Kepada Yth ........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu'alaikum Wr WbMohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapiyang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluanisteri dan anak-anak saya kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannyaakan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapakelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi
kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa. Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan
merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.
Saya tidakberani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebihbaik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban padasaya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridhodengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu'alaikum Wr Wb
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Inilah kali pertama saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
Saya menatap sahabat disamping saya. Dia merenung kembali dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.
"Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalau ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara cengkerik terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing."Udah .Tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama.Lagi pula, mana pernah ada pengantin yang tertidur ketika akad nikah." gurau ku.
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan mampu untuk tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya, sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya, itulah yang terbaik. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.Itu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.Maka, segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.Maka semua menjadi indah.Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.
Amin.Wallahu 'alam

........................................................................................................................................................................

Seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah
wanita solehah untuk lelaki yang soleh dan begitulah sebaliknya..

Semoga kami diberi peluang dan dilorongkan ke arah keredhaanMu
Ya Allah permudahkanlah urusan kami untuk mencapai redhaMu..hindarilah kami dari maksiat ya Allah..Sesungguhnya kami lemah..lemah dengan ujian dunia yang sedikit cuma lemah dengan dugaan hati dan perasaan yang Kau berikan kepada kami..
Pasti ada hikmah tersembunyi kenapa kita diuji...
Semoga kami diberikan kesempatan utuk menjadi hambaMu yang soleh dan solehah..
Amin..

Monday, January 28, 2008

Mencari sinar hari esok..

Assalamualaikum wbt..

Hari ni tibe2 datang rase nak menulis dalam blog yg telah lame dibiarkan sepi ni =( terasa sebak pula kerana masih ade yg sudi melawat dan memberi kata2 semangat.. terima kasih wahai sahabt dan teman2 yang masih memberikan harapan

Sebetulnya semangat saya dah tak macam dulu dah malap sedikit api mujahadah dalam diri ini agaknya.. Teringat kata2 nasihat ustaz azam bersihkan dulu hati iAllah kita akan jumpa kembali jalan yg diredhaiNya.. Selagi hati kita tak betul pada Dia selagi tu la kita tak kan dapat semanagt tu.. terima kasih ustaz atas segala nasihat dan peringatan yang ustaz berikan.. sesungguhnya saya sedar akan kekurangan diri ini ustaz dah banyak kesilapan yang saya lakukan hati ini pun makin lemah semanagt juangnya. Mungkin saya tak mampu berubah sekelip mata menjadi insan yang terbaik tapi saya tanamkan azam dalam diri biarlah saya berusaha dari bawah pula kali ini. Biar saya mengenali susah senang perjalanan hidup ini doakan saya menjadi insan yang lebih baik satu masa nanti iAllah (ini janji pada diir sendiri)

Sebetulnya saya tengah menghitung hari untuk keluar bermusafir di bumi Allah tidak jauh dari bumi Tsar ini iaitu di Prague, Vienna dan Budapest. Terbit juga kerisauan di hati ini kerana ini adalah kali pertama saya mengembara secara adventure (kononnye =p) berasama empat orang rakan raja, neji n fizerq.. semoaga perjalanan kami dipelihara dan dipermudahkan olehNya..

Dalam mencari erti hidup banyak rintangan yang pasti kita lalui.. Hidup ini sungguh bukan sesuatu yang mudah. Kehidupan di dunia hanyalah satu persinggahan menuju alam yang kekal abadi di akhirat sana..Tak mudah untuk sentiasa berada di landasan yang lurus ada kala pasti kita akan tersasar atau rebah tersungkur dalam meniti jalan hidup ini..Hanya iman yang kental dan ilmu serta petunjuk dariNya dapat memandu kita menuju jalan yang diredhai.. Sekali terjatuh tak bererti selamanya kita akan tersungkurkan.. kawan2 doakan saye ye

Hari ni saya telah kehilangan 23 ekor ikan (lebih kurang) sebahagian besarnya masih anak2 ikan yang saya bela dari tahun lepas yang telah beranak pinak..Terasa bersalah pada ikan2 tu =( keran akebodohan saya meninggalkan mereka dalam cuaca sejuk yang saya fikir hanya seketika tapi rupanya ikan2 itu tak mampu untuk bertahan. Ya rase bersalah mungkin tak nak bela ikan dah lepas ni huhuhu...

Tp dari situ saya boleh berfikir sekejap atau lama bukan penentu untuk seseorang itu berubah.. Dengan kuasa yang ada padaNya hati ini boleh dibolak balikkan bila2 masa sahaja.. tak perlu lama untuk Dia menguji kekentalan iman yang senipis kulit bawang yang ada pada diri ini..Hanya dengan ujian yang sedikit saya dah menyerah kalah..lemah betul iman saya =( Bila2 saja iman ini boleh dimatikan dengan kehendakNya nauzubillah himinzalik.. Semoga hati dan iman kalian semua sentiasa dipelihara olehNya.. dan satu pengajaran yang saya dapat berfikirlah sebelum bertindak kerana saya akui emosi lebih kuat mempengaruhi saya berbanding akal fikiran

doakan saya..

wardatul_asrar 28.01.2008

Friday, January 04, 2008

Tazkiyatun nafs..

“Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik(syurga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi, kemudian dia dihari kiamat termasuk orang-orang yang diseret ke dalam neraka (untuk menerima azab neraka? (Al Qashash:60-61)

Tuesday, December 25, 2007


kenape susah ye nak buat pilihan dalam hidup.. n macam mana nak buat pilihan agar kite tak tersalah pilih..really hope to find petunjuk dari Dia.. thanks to those yg masih memberi semangat dan kepercayaan pada diri ini.. barakallahfikum iAllah

.........

where all my spirits n courages gone.. i lost in my own world.. pencarian yang tak kutemu penghujungnya..

Sunday, November 25, 2007

Mutiara kata (ii)


"If you want to build a faithful family,you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us. In every family that stands until their dying day,they have Allah on their side!"

Sunday, June 24, 2007

Epilog seorang teman...


Epilog Seorang TemanAlbum : Diari Rindu
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com/

Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hatiMengatasi segalanya
Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menghadapi ujian Allah Yang Satu


c/o

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan
Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu
Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya
Oh Tuhanku

Saturday, June 23, 2007

Ambillah waktu...




"Ambillah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.


Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.


Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.


Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.


Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.


Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagiaan.


Ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetarkan hati.


Ambillah waktu untuk memberi,itu adalah membuat hidup terasa bererti.


Ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.


Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."




renung2 kan lah amat mendalam maksudnye..tgh boring2 terjumpa mutiara kata ni kat iluvislam.com




"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (103:1-3)




Hargailah setiap detik dalam kehidupan kita kerna adalah mustahil untuk kita mengulangi waktu yg telah berlalu. Setiap yang berlaku dalam detik kehidupan kita adalah terlalu bermakna Setiap detik kita sentiasa berubah menjadi seseorang yang baru.. berusahalah untuk memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik untuk setiap detik dalam kehidupan kita. Semoga hatiku dilorongkan ke destinasi yg satu..


"Ya Allah kau permudahkan lah urusan kami dalam menghadapi hari2 yang kami belum pasti kurniakanlah petunjukMu kepada kami agar kami tak sesat menuju redhaMu"




Persoalan untuk diri: mampukah aku menjadi hamba yang baik untuk Tuhannku.. cukupkah usaha ku atau sekdar monolog dalaman? semoga Engkau hadirkan dalam hidupku insan2 yang Kau rahmati dan Kau berkati agar aku turut mendapat tempias rahmat dan kasih sayangMu




-A girl who trying to be a better person-








Friday, June 22, 2007

1 more to go~~

Alhamdulillah..

I've finished my surgery exam today which means i've passed 4 exam ad n one more to go-pharmacology... huhu quite a tough subject..
Waaa~~ dah tak sabarnye nak balik msia lg seminggu je tgh countdown ni miss my family a lot
but i got one more paper to go..mum dad please pray for me may God ease my way..

Monday, June 18, 2007

Kebesaran Allah..


Tibe2 teringat saye ade janji dengan sornag kawan nak tlg sebar2 kan dan berkongsi tentang sekeping gmbr yang menujukkan kebesaran Allah subahanallah...


Terkejut saye bile tengah2 menelaah internal med tibe2 je ade org buzz ym walaupun mase tu saye tgh invisible heheh (budak sorang ni memang tak makan saman tau2 je saye invi hehe...jgn marah ye aiman) muncul la id pemiliknye..aiman


Hmm dalam hati dah berkire2 mesti ade sumthg yang aiman nak bgtau ni..die ni memang org yang kuat berfikir macam2 cite ade cakap je nak dgr cite ape sume die cite nanti.. (aiman jgn riak ye.. =p) dan seperti dijangka tanpa salam sekali lg aiman main redah


"wani dah tengok belum?"


isk aiman ni tgk ape pulak


"tgk ape?"


" gambar ade aiman letak kat frenster"


"gambar ape?"


"pegi la tgk"


saye pun dengan rela hati pergi la meluangkan mase menjenguk blog si aiman ni.. subahanallah speechless dengan ape yang saye lihat.. bersama2 entry ni ade saye sertakan gmbr pokok dekat daun2 die ada terbentuk nama Allah


Hebatkan kekuasaan Allah ni dan di mana2 sahaja Allah boleh menunjukkan kekuasaanNya "kunfayakun" jadi maka jadilah..jadi tak hairan kalau di bumi rusia ni walaupun tak ramai penduduknya yang beragama islam kekuasaan Allah itu masih jelas dan nyata untuk tatapan dan inspirasi org2 yang beriman..


Selepas melihat gmbr tu saye pun meluangkan masa untuk berbual2 sekejap dengan aiman untuk mendengar kisah lanjut penemuan "ajaib" itu bagaimana si aiman ni boleh ternampak pokok yang tertera nama Allah tersebut..


Dalam hati saya " bertuahnye aiman ni dapat melihat sendiri bende2 macam tu"

tp sebenarnye kekuasaan Allah tu dimana2 sahaja cume kite je yang jarang mahu melihat dan berfikir tentang kebesaran Allah


Tak perlu pergi jauh bukti kebesaran Allah terlalu banyak ada pada diri kita sendiri dari kejadian mata, hidung, mulut, tgn, kaki semua ada fungsi dan kelebihan masing2.. pendek kata kalau tak de satu mesti tak sempurna.. Bayangkanlah diri ini tanpa mata kan susah tu nak berjalan, tak boleh nak melihat wajah2 org yg kita sayang, semua rutin harian kita pun pasti berubah..


Berusahalah untuk berfikir dan memerhatikan kebesaran Allah di sekeliling kite mudah-mudahan bertambah keimanan kita kepadaNya amiin...


p/s: ok aiman wani dah kotakan janji =)




Ragam internal med...


Assalammualaikum..


Alhamdulillah hari ni saye berjaya menghabiskan paper yang ke 3 paper yg saya anggap paling tough dan benar2 menguji diri ini sebagai student medic.. iaitu internal medicine.. hmm dan harinilah saya menerima satu tamparan yang tak kurang hebatnye sebab ni 1st time dapat band 4 untuk exam which mean good sepanjang 3 tahun saye bergelar student medic kat russia ni..


Kat russia ni sistem exam die lain sikit. Kat sini kami ada oral exam. Mula2 amik tiket exam adalah beberape soalan yang perlu dijawab mostly essay question. Then kami diberi masa untuk menjawab soalan tersebut n after that pegi explain kat examiner.. ni la part yg paling mendebarkan sebab tak tau soalan ape yang bakal ditanya oleh examiner tu. The question could be about anything even out of ur level (sumtime..)


So bile tibe musim peperiksaan topik yang menjadi perbualan hangat ialah pasal examiner untuk setiap subjek tu dan internal medicine ni femes dengan examiner2 yang strict belaka pendek kate "killer examiner" hehhe..


Sebelum ni dah ade satu kumpulan yang telah selesai menduduki exam internal med. Pelbagai cerita yang saya dengar terutamanya berkenaan dengan examiner huhu macam2 la ada yang tak puas hati, ada yang kata examiner baik yer la mane yang lepas of coz ckp examiner baikkan mane yang kantoi mesti la ade je 'salah' examiner tu..hmm~~


Hari ni giliran saye pula untuk berjuang dan seperti yang telah dimaklumkan saye hanya memperoleh band 4.. alhamdulillah walaupun agak sedih sebab sebelum ni tak pernah lagi kandas untuk mendapat band 5 tp exam internal medicine ni betul2 menguji mental dan physical =p


Saye agak lewat keluar dari hostel untuk ke hospital tempat exam berlangsung, setibanya di hospital dah ramai student yang masuk dalam dewan exam tp hati saya masih berat untuk masuk berdebar2 tak tentu hala mungkin sebab terlampau nervous dan preexam syndrome rase blank.. tp bile nak cube bace untuk last minute of coz tak masuk so saye kuatkan hati untuk melangkah juga ke dewan exam..


Sebaik saja masuk hanya tinggal 2 saje tiket yang lain sume dah diambil jadi pilihan saye hanya 2 sahaja dan huhu ape yang saye takutkan berlaku jugak saye dapat tiket yang ada soalan ecg.. sgt tough soalan ni dan ecg ni lah banyak menkantoikan student2 b4 ni.. dapat je soalan ecg saye dah pasrah memang susah untuk score.. di tambah cikgu memang banyak bertanye pasal ecg ni


kebetulan saye duduk di hadapan sekali betul2 berhampiran dengan examiner jadi dapatla saye mendengar serba sedikit soalan2 dan jawapan2 dari rakan2.. pelbagai reaksi dan ragam di hadapan examiner dapat saye perhatikan.. ade yang buat muke confident, ade yang takut2, ade yang merayu supaya tak difailkan dan macam2 killer question saye dgr sebab internal medicine ni memang meluas jd pelbagai soalan boleh diajukan kadang2 tu kami tak belajar pun..

saya duduk berhampiran dengan examiner yang mendapat jolokan "killer examiner" andreevna name die.. ketawa sinis beliau sudah cukup untuk mendebarkan tp setelah lama saya menjadi pemerhati setia di tepi andreevna saye rase beliau seorang yg strict tapi bukanlah saje2 nak failkan org.. memang sepatutnye kalau nak dapat band 5 mesti lah kene tau sume bendekan jd bukan salah andreevna kalau beliau agak culas untuk memberikan markah 5.. sampai setakat ni tanggapan impression saye terhadap andreevna masih baik tak seratus peratus seperti yang digembar gemburkan..mungkin ketawa sinis beliau la agak menyakitkan hati =p tp overall she is ok to me..


setelah lame menunggu giliran untuk menjawab akhirnya nama saya dipanggil tapi examiner saya bukan andreevna, sebaliknya mayanski. beliau pun tak kurang hebatnya banyak bertanya sampaikan saye dah penat nak fikir sebab luas sgt soalan yang ditanya bukan sekdar soalan tiket yang saye dapat tp menyeluruh pasal jantung ditambah pulak dengan ecg huhu.. agak sukar untuk saya mengecam ecg yang tak normal ni terutamanya ecg patient sebenar berlainan rupanya dengan gmbr bayangan cikgu dalam kelas ape lagi penat lah memerah otak mencari ape yang tak kene dengan rajah ecg tu ditambah dengan perasaan berdebar2 akhirnya selepas kene 2 soalan ecg tambahan (jumlahnye 3 soalan ecg yg saye kene jawab huhu..) dan 1 ecg yang memang soalan tiket saya akur ilmu ecg saya masih kurang..

" Your knowledge is good but u hav to know more i think next time u will be better all the best to you" tu lah kata2 terakhir dari mayanski dan dengan kata2 itu tamatlah exam internal med yg paling saya geruni. Dengan senyuman dan ucapan terima kasih saya melangkah keluar dari dewan exam..
Tak pe wani cube lagi next time.. ada hikmah di sebalik sume ni jgn down2 ye chaiyok untuk 2 paper lagi n lepas tu boleh balik jumpe famili..yeay~~ =)


p/s: nak mintak maaf kat seseorang sebab saya agak beremosi sedikit lepas habis exam td walaupun saya boleh terima keputusan tu tapi lepas dapat msg mak dan ayah saya jadi sedih sebab saya tahu harapan mereka terhadap saya sgt tinggi rasa serba salah pulak jd saye agak moody sedikit maaf ye (kalau si dia tu ade terbaca entry ni..)





Saturday, June 16, 2007

Mutiara kata (i)

"Tika sahabat melukai hatimu, tulislah ia di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu, sebaliknya tika sahabat membuat kebaikan padamu maka tulislah di atas batu hatimu agar terpahat utuh walau dilanda badai."

Tuesday, June 12, 2007

Milik siapakah kebahagiaan itu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga kalian sume berada dalam keadaan sihat jasmani dan rohani
Tengah2 musim exam ni rase tak berkesempatan langsung nak buka log nih..maaf ye blog heheh..
Tibe2 hati ni rase tak tenteram nak study.. ya Allah apakah yg bermain di hati kecil ku ini.. entah kenape datang perasaan cemburu tak semena2 melihat org lain bahagia.. tgk org lain ketawa..tgk org lain gembira.. ampunkan aku yaAllah
Kenape ye.. kenape kite susah sgt nak hargai bende2 yang kita miliki tp asyik mencemburui hak org lain kenape mesti ade perasaan cemburu tu...aku sendiri pun tak terjawab soalan tu
hmm.. semoga kite semua dikurniakan kebahagiaan yang hakiki
Yakinlah dengan janji Allah itulah kebahagiaan hakiki yg kita cari
Belajarlah hargai semua yang kita miliki sebelum ia berlalu pergi meninggalkan kita terkapai2 menyesali bende yang telah berlalu..
Untuk kawan2 di russia semua tgh demam exam kan all the best yek semoga berbahagia melalui musim2 exam ni tabah ye =)
Untuk kawan2 kat msia hmm bestnye dah cuti ye hepi holidays manfaatkn lah cuti yang ade agar tak menyesal bile cuti dah habis hehe..
tgh countdown nak balik msia ni hmm lg beberape hari je nak jumpe mak ngan abah rindunye~~ kalian la sumber kebahagiaan yg tak pernah hilang dari diri ini =)
untuk wani tabah ye ade 3 paper je lagi sikit je lagi sabar ye jangan sedih2 jangan risau2 cheer up =)
Exam mode..
wassalam

p/s: entry yang kurang bermotif sekadar menyuarakan isi hati =)

Saturday, May 19, 2007

Calon soleh dan solehah =)


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antarapelajar dan guru tersebut berbunyibegini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahuke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut jeye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput disitu dan sambil memandang rumput didepan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagiwalaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang danbuat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semulake kelas, tiada pun rumput yang beradadi tangannya. Maka cikgu pun bertanyakepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruhpetik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan diatas rumput dan sambil memandangrumput yang berada di situ, sayacarilah rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depansambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi keranayang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham denganorang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyakperkara yang menggugat perhubungantersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa palingcantik dan paling baik pada MULAnyawalaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.Maka sayangilah orang yang berada didepan kita dengan tulus dan ikhlas

Sekiranya kita mengimpikan seorang wanita sebaik saiditina Fatimah pastikan kita terlebih dahulu menjadi seperti saidina Ali. Jika mengimpikan lelaki sebaik saidina Ali bimbing dan bentuklah diri menjadi seprti saiditina Fatimah. Janji Allah itu pasti benar.


Sekadar renungan =)

Friday, May 11, 2007

Minal qalbi ila qalbi...

" Rina akak rase la kan akak ni susah nak faham org"

" Ye ke kak? hmm... tapi mungkin jugak kot hehhe =p"

" Rina rase mcm mana pembawakan usrah akak ok tak?"

" Hmm..." teragak2 rina nak menutarakan pendapatnya.. barangkali takut untu memberi pendapat atau terkejut dengan pertanyaan kakak usrahnya yang mengejut.

" Saya rase la kak, akak kene pandai cari cara pendekatan yang terbaik untuk setiap ahli usrah. Tak semua org boleh terime kalau akak buat satu method je tahap adik2 usrah akak pun berlainan jd cara akak pun kene lain2 akak kene jelas dengan sasaran akak"
Begitu lah lebih kurang pendapat yg terkeluar dari mulut rina adik usrahku yang selalu kelihatan serius tp peramah orgnye dan boleh dibawa berbincang.

Malam tu aku habiskan mase berbincang dan bertukar2 fikiran dengan rina. Menarik buah fikiran yang diberikan dan membuatkan aku berfikir sesuatu. Kami cube mengklasifikasikan golongan manusia kepada 3
a. Golongan yang baik
b. Golongan yang sederhana
c. Golongan yang hmm... perlu dibantu

Golongan B ini adalah golongan yang ditengah2 bergantung kepada persekitaran sama ada lebih menjurus kepada golongan A atau masuk dalam golongan C. Masalahnya kebanyakan golongan A ni kurang jelas dengan keadaan golongan B dan selalunye bg golongan A hanya ada dua sama ada baik atau jahat. Cepat saje nak melabelkan org dan seboleh mugkin tak nak keluar dari kelompok mereka dan tak cube bergaul dengan org lain. Inilah yang menyebabkan golongan B yang sepatutnya boleh dipengaruhi untuk masuk golongan A tapi terjerumus terus masuk dalam golongan C sebabnya pandangan org dari golongan A terhadap mereka.

Betul jugak kalau difikir2kan. Bile tgk org tu silap macam tersasar sikit cepat je nak melabel seseorang tu sebagai org yang tidak baik tanpa cuba mendalami perasaan org tu mugkinkah dia bermasalah mesti ade sebab kenapa dia jadi macam tu. Inilah kelemahan golongan A berasa selesa dengan kedudukan yang diklasifikasikan sebagai org baik2. Bukankah menjadi tanggungjawab untuk membantu org lain, berdakwah untuk meramaikan golongan yang benar2 mencintai dan mendalami keindahan Islam itu. Kenapa mesti pentingkan diri? Mungkin juga golongan A takut terpengaruh kalau mereka bergaul dengan golongan B dan C namun itu bukanlah sepatutnye dijadikan alasan dan penghalang untuk kita takut berdakwah. Dakwah tu luas. Peribadi dan akhlak yang baik dengan izinNya dah dikira berdakwah dan boleh menarik hati2 yang sedang mencari nur islam.. Benar golongan B kebanyakan nya adalah mereka yang masih mencari2 belum stabil tahu tapi belum mahu.

Aku juga pernah merasakan perasaan disisihkan. Di kala aku memerlukan sahabat2 sefikrah membantu menarik ku dari terus hanyut dan lalai mereka terus melangkah menuju matlamat masing2 tanpa menghiraukan aku terkapai2 mencari haluan ku. Apa yang aku dapat hanyalah feedback yang negatif yang langsung tidak membantu malah melemahkan semangatku. Bukanlah niatku menyalahkan rakan2 yang lain aku tahu kesilapan itu dari kelemahanku cuma sedikit terkilan dengan apa yang berlaku. Ini jalan hidup yang aku pilih sendiri aku sedar aku perlu bangun sekalipun tiada yang membantu..tp mampukah aku??

Di bawah ni ade artikel sebagai renungan buat kita semua terutama untuk insan2 bergelar da'i


‘Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain, ikut program lagi. Saya nak…’ Husna mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.

Fikiran Husna menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Husna akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu ‘bekerja’ sekarang kerana tarbiyah.

Tapi saat ini, keindahan ukhuwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Husna merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tak tau mengapa. Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya.
Namun ketika mahu dia luahkan pada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya sehingga Husna tak sampai untuk mengucapkannya.
‘Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita’ Begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah di hati.

Fenomena di atas bukanlah sesuautu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta berguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah.
‘Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun’.

Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika berjatuhannya aktivis dakwah ini bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama.
Kisah Husna adalah satu contoh. Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak standing dengan teman-teman halaqahnya.

Kuncinya adalah berterus-terang

Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan bestnya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu(afrod) yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walaupun sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian.
Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad’unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.

Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab bin Malik di perang Tabuk pada Rasulullah. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambil berkata, ‘wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allah akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu…”
Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kite semua akan erti keterbukaan,berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad’u berterus terang akan kesalahannya, makan akan legalah hati, walaupun mungkin ianya memalukan. Di saat itulah motivasi rohani dari murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk mengupgradekan langkah-langkah yang sudah tertinggal.

Eratkan kembali ukhuwah

Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang afrod (individu) dalam tarbiyah adalah ukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah bila kita rasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Berwajah cerah ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati ( empathy ) terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk bergugurannya sahabat-sahabat kita di jalan dakwah, insyaAllah.

Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan(transfer) ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya bermula dari tarbiyah

Semoga kita sama2 dapat merenung permasalahan ini agar tidak menjadi barah dalam arena dakwah. Tidak mustahil kenapa dalam Islam ukhuwah dan jemaah dijadikan aspek yang sgt2 penting. Bersama2 lah kita saling membantu dalam memartabatkan keindahan Islam. Semoga kita terus menjadi penerus mata rantai dakwah yang diwarisi dari zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dahulu. MAhukah kita menjadi pemutus mata rantai tersebut??? tepuk dada tanya iman =)

Sekian dulu untuk entry kali ini..
minal qalbi ila qalbi..
Wassalam.

Tuesday, May 08, 2007

Mendung...

Bismillahirrahminirrahim..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Coretan kedua buat lembaran baru ini
Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi ini dibekalkan dengan fitrah. Manusia juga dikurniakan nafsu dan keinginan yg selalu mewarnai kehidupan manusia. Namun nikmat yang terbesar yg dimiliki oleh seorang muslim ialah akal dan wahyu sebagai penyuluh kehidupan yg penuh cabaran ini. Alangkah bertuahnya manusia yang sedar akan kurniaan Allah ini.

Tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan Allah dan tidak semua jiwa mengetahui cara terbaik mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung. Ramai manusia yg lemas dan tersesat dengan kebodohan dan kezaliman yang manusia lakukan sendiri ke atas dirinya

" Ya Allah janganlah engkau biarkan kami menentukan nasib kami walau kadar sekelip mata sekali pun kerana nescaya kami akan menzalimi diri ini ya Allah semoga rahmat dan hidayahMu sentiasa bersama kami"

Kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Terkadang kita disanjung, hidup penuh ceria dipenuhi gelak ketawa di samping teman2 dan org2 tersayang, semua keinginan dipenuhi namun yang pasti kita juga akan melalui waktu2 suram terasa terasing, hari2 yang tidak lagi ceria, kesunyian, hari2 yang terasa kosong dan macam2 lagi perasaan yang negatif

Inilah ketikanya kemuncak di mana iman kita diuji. Jika tidak kuat tika dilanda badai dan ujian kemungkinan yang sgt tinggi untuk kita jatuh ke jurang kebinasaan. Bergbahgialah mereka yang tabah menghadapi saat getir ini dengan penuh iman dan taqwa

Aku tahu aku bukanlah hamba yang kuat namun aku mahu mencari kekuatan itu. Jika segala badai dan ujian yang menimpa ini adalah untuk mengkafarahkan dosa2 ku padaMu aku redha ya Allah..Moga aku menjadi hambaMu yang lebih baik kelak

Di tengah2 kesibukan study untuk menghadapi peperiksaan tak lama lagi, berbagai-bagai ujian datang silih berganti..Baru sahaja pada entry yang lalu aku mempersoalakan tentang ketenangan yang aku peroleh tiba2 sahaja ketenangan itu diragut pergi tanpa aku bersedia. Terasa lemah, gundah, sedih dan macam2 lagi perasaan yang jika dilayan nescaya aku akan hanyut.. Mungkin inilah yang terbaik untuk ku. Aku bersyukur ya Allah atas nikmat ujian yang kauberikan padaku semoga ujian ini menjadikan aku seorang yang matang, tabah dan muslimah yang kuat dan tegar hatinya tak mudah mengalah pada kesusahan dan ujian.

Org yang kuat adalah org yang mampu tersenyum tika ujian datang menimpa. Aku ingin menjadi org yang kuat itu. Semoga hatiku dikuatkan. Alangkah bgsnya kalau diriku seperti pantai yang tenang tika dilanda badai..pantai yang tak berubah sekalipun dihempas ombak tsunami sekalipun. Ya aku ingin sekali menjadi seperti pantai.

Ingatlah wahai hati keseronokan dan kenikmatan dunia hanyalah pinjaman semata2. Ia takkan kekal bila2 masa sahaja pinjaman itu boleh ditarik balik maka kuatlah wahai hati bersedialah untuk menghadapi semua kemungkinan yang akan berlaku.. Moga mendung yang melanda berarak pergi. Tetapi sekiranya mendung ini baik untuk ku, mendekatkan aku padaMu maka ya Allah aku redha dengan ketentuanMu. Semoga hari2 ku dapat diteruskan dengan berlapang hati dan bersangka baik padaMu..

Hmm dah panjang rasenye coretan kali ini.Cukuplah dulu sampai di sini semoga kalian di luar sana juga sentiasa bersedia untuk menghadapi mendung yang sentiasa berarak datang dan pergi dalam kehidupan kita sebagai hamba di bumi Allah ini =)
Be strong!!
Wassalam..