Thursday, May 25, 2006

Erti persahabatan

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang menyusur pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah kita bersama

Dengarkanlah lagu kutujukan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan
Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal dan abadi

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Bimbingkan dengan keikhlasan
Mujur persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat tuhan yang esa
Bahagia selamanya.....

-De Hearty-

Assalammualaikum...
semoga sahabat2 sume dalam keadaan sihat walafiat...hmm hari ni ana dapat stimulus lebih sikit perasaan ingin menulis dan berkarya kembali menjengah di tengah-tengah kesibukkan membuat persediaan untuk exam...hmm tension nak exam kot jadi untuk mengelakkan stress ada baiknya coretkan sesuatu buat tatapan sahabat2...Apa khabar iman kita hari ni ye? Solat cukup tak? Kalau dah cukup khusyuk tak? hmm...selalu-selalu lah kita muhasabah diri ye...
Ana pun dah banyak buat silap..lagha dan lalai dalam menjalani kehidupan sebagai hambaNya..Astaghfirallah..semoga Allah kembali memaut hati ini dan tidak lari dari jalan yang diredhainya...

Tengah-tengah tak de mood nak study tetibe tertekan butang di window media player maka berkumandanglah sebuah lagu yang pernah didedikasi kepada ana dari seorang sahabat ana yang banyak membantu ana dalam perjuangan hidup kat sini.. jazakallahu khayran kathiran..
hmm lagu ni kalau diteliti maksudnye sangat2 halus..dan boleh menusuk hati lebih-lebih lagi bila terkenangkan sahabat2 yang telah lama terpisah membawa haluan masing2...

Persahabatan itu sangat indah pabila dipelihara dan dibawah naunganNya..insya'Allah. Antara 7 golongan yang dinaungi kelak diakhirat adalah mereka yang berkasih-sayang kerana Allah..ana tujukan lagu ni buat sume sahabat2 ana fillah..semoga ukhuwah antara kita makin subur dan bercambah dibajai kejujuran dan disirami kasih sayang yang tulus keranaNya...
Sama-samalah kita berdoa agar persahabatan ini terus mekar dan kekal selamanya...
Terima kasih atas segala jasa dan bantuan kalian..tanpa kalian ana tak mungkin mampu berdiri seperti hari ini..sesungguhnya hati ini tidak mampu lagi menolak fitrahnya memerlukan seseorang berada di samping untuk sentiasa mengingatkan dan menceriakan hari-hari yang dilalui..hidup berjemaah itu lebih indah andai ada sefahaman antara kita insya'Allah..
Doakan ana agar dipermudahkan segala urusan dan kecemerlangan dalam exam yang bakal ditempuhi..
Jazakumullahukhayran kathiran buat antum semua..asifi jiddan atas segala salah dan silap yang pernah ana lakukan pada antum..bersama-samalah kita susuri kembali denai persahabatan ini dengan penuh ketakwaan kepadanya dan penuh syukur kerna Dia kita dipertemukan...

salam persahabatan... :)

Warkah buatmu..


Saudaraku…
Maafkan diriku yang lemah ini
Tika kau menggapai tagan meminta ehsan
Aku tak mampu menyambut huluran itu
Tika kau rimas mendengar bunyian yg membingitkan itu
Aku tak mampu melegakanmu
Tika kau menggeletar ketakutan
Aku tiada di sisi untuk mententeramkanmu
Tika air matamu berjuraian
Aku di sini hanya mampu berkongsi kesedihan
Tidak tergapai tangan ini untuk menyapu mutiara jernih itu
Tika kau tangkas di medan perang
Aku sekadar menjadi penonton di luar gelanggang
Malah jauh sekali utuk merasai atmosfera itu


Apa yang kumampu hanya mengintai kabar
Dari berita yang belum tentu kesahihan
Menyuarakan ehsan sekadar di ulas bibir
Melihat penderitaan mu dari jauh
Menjadi pendengar setia rintihan
Tanpa mengerti penderitaan sebenar yang kau tanggung

Maafkan aku
Hanya sepotong doa yang tulus mampu kukirimkan

Buat menemani perjuanganmu
Agar kau terus diberi kekuatan dan ketabahan
Mengharungi hari-hari mu yang penuh onak
Agar semangatmu terus marak menyala
Membakar hangus syaitan-syaitan itu
Semoga syahid menjadi habuan buatmu


Salam perjuangan dari saudaramu..

-Wardatulasrar -
.....25 mei 2006, 5.39...