Monday, January 28, 2008

Mencari sinar hari esok..

Assalamualaikum wbt..

Hari ni tibe2 datang rase nak menulis dalam blog yg telah lame dibiarkan sepi ni =( terasa sebak pula kerana masih ade yg sudi melawat dan memberi kata2 semangat.. terima kasih wahai sahabt dan teman2 yang masih memberikan harapan

Sebetulnya semangat saya dah tak macam dulu dah malap sedikit api mujahadah dalam diri ini agaknya.. Teringat kata2 nasihat ustaz azam bersihkan dulu hati iAllah kita akan jumpa kembali jalan yg diredhaiNya.. Selagi hati kita tak betul pada Dia selagi tu la kita tak kan dapat semanagt tu.. terima kasih ustaz atas segala nasihat dan peringatan yang ustaz berikan.. sesungguhnya saya sedar akan kekurangan diri ini ustaz dah banyak kesilapan yang saya lakukan hati ini pun makin lemah semanagt juangnya. Mungkin saya tak mampu berubah sekelip mata menjadi insan yang terbaik tapi saya tanamkan azam dalam diri biarlah saya berusaha dari bawah pula kali ini. Biar saya mengenali susah senang perjalanan hidup ini doakan saya menjadi insan yang lebih baik satu masa nanti iAllah (ini janji pada diir sendiri)

Sebetulnya saya tengah menghitung hari untuk keluar bermusafir di bumi Allah tidak jauh dari bumi Tsar ini iaitu di Prague, Vienna dan Budapest. Terbit juga kerisauan di hati ini kerana ini adalah kali pertama saya mengembara secara adventure (kononnye =p) berasama empat orang rakan raja, neji n fizerq.. semoaga perjalanan kami dipelihara dan dipermudahkan olehNya..

Dalam mencari erti hidup banyak rintangan yang pasti kita lalui.. Hidup ini sungguh bukan sesuatu yang mudah. Kehidupan di dunia hanyalah satu persinggahan menuju alam yang kekal abadi di akhirat sana..Tak mudah untuk sentiasa berada di landasan yang lurus ada kala pasti kita akan tersasar atau rebah tersungkur dalam meniti jalan hidup ini..Hanya iman yang kental dan ilmu serta petunjuk dariNya dapat memandu kita menuju jalan yang diredhai.. Sekali terjatuh tak bererti selamanya kita akan tersungkurkan.. kawan2 doakan saye ye

Hari ni saya telah kehilangan 23 ekor ikan (lebih kurang) sebahagian besarnya masih anak2 ikan yang saya bela dari tahun lepas yang telah beranak pinak..Terasa bersalah pada ikan2 tu =( keran akebodohan saya meninggalkan mereka dalam cuaca sejuk yang saya fikir hanya seketika tapi rupanya ikan2 itu tak mampu untuk bertahan. Ya rase bersalah mungkin tak nak bela ikan dah lepas ni huhuhu...

Tp dari situ saya boleh berfikir sekejap atau lama bukan penentu untuk seseorang itu berubah.. Dengan kuasa yang ada padaNya hati ini boleh dibolak balikkan bila2 masa sahaja.. tak perlu lama untuk Dia menguji kekentalan iman yang senipis kulit bawang yang ada pada diri ini..Hanya dengan ujian yang sedikit saya dah menyerah kalah..lemah betul iman saya =( Bila2 saja iman ini boleh dimatikan dengan kehendakNya nauzubillah himinzalik.. Semoga hati dan iman kalian semua sentiasa dipelihara olehNya.. dan satu pengajaran yang saya dapat berfikirlah sebelum bertindak kerana saya akui emosi lebih kuat mempengaruhi saya berbanding akal fikiran

doakan saya..

wardatul_asrar 28.01.2008

Friday, January 04, 2008

Tazkiyatun nafs..

“Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik(syurga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi, kemudian dia dihari kiamat termasuk orang-orang yang diseret ke dalam neraka (untuk menerima azab neraka? (Al Qashash:60-61)