Sunday, April 27, 2008

Lemah dan kerdilnye diri ini...

Assalamualaikum buat diri...

Sungguh terasa sangat penat dan lesu. Lesu dengan ujian yang menimpa diri..(astaghfirullah)
Bukan mudah menjadi seorang pemimpin..tak mudah juga menjadi seorang daie.. seribu satu ragam manusia akan ditemui..

Ada kala ia membuat kite tersenyum, ada kala terasa lucu dan tak kurang juga yang menguji kesabaran dan bisa membuatkan diri ini menangis..Sungguh diri ini seorang perempuan yang sgt lemah..Ya Allah padamu aku memohon segala kekuatan..

Kadang2 rase seolah diri ini semangat sorang2..adik2 usrahku mungkin tak memahami atau tak dapat rasakan semangatku..mungkin juga mereka merasakan aku tak layak menjadi kakak usrah mereka lantas segala nasihat dan ajakan ku dipandang sepi.. Akak dengan rendah diri memohon kemaafan dari kalian kerana tak mampu menjadi pendamping kalian yang baik..

Tuhan berikan aku kekuatan dan ketabhan hati..semoga aku terus thabat ji jalanMu

Kadang2 kite terlalu alpa dengan urusan duniawi hingga seringkali mengabaikan tanggungjawab diri pada Dia yg satu. Berat memang berat nak meleraikan rantai duniawi yang melingkari diri..namun wahai diri sedarlah urusan kita bukan terhenti di dunia yang sementara ini..jalan hidup masih panjang matlamat kita di akhirat sana..

Semoga kita semua dibukakan pintu hati amin..

Monday, April 07, 2008

Jzkk ya ukhti....

Tuhan, sentuhlah hati sahabatku ini saat DIA JAUH DARI-MU...
peluklah hatinya saat DIA MENCINTAI SESIAPA LEBIH DARIMU...
peliharalah IMANNYA selalu dan jangan biarkan DIA TERHASUT DGN KESERONOKAN DUNIA YANG SEKETIKA CUMA... banyakkanlah BERISTIGHFAR,BERDOA dan MENANGIS dihadapan ALLAH agar diberi kekuatan dan kesabaran....kerana setiap sesuatu datang dr Nya....
KUATLAH SAHABATKU YANG KU KASIHI KERANA ALLAH .......

Terasa nak menitis airmataku mendapat sebuah pesanan ringkas dari ukhti yang jauh nun di bumi Malaysia.. sudah lama tak bersuakan..
Ya ukhti banyak yang nak diperkatakan dgn kak yus tapi ada sahaja halangan2 yg mendatang
amin...terima kasih atas doa dan titipan semangat yang ringkas namun penuh bermakna
Semoga ukhti sentiasa dalam peliharaanNya

Semoga sekeping hati yang lemah dan hina ini diberi kekutan olehMu yaAllah...