Saturday, May 19, 2007

Calon soleh dan solehah =)


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antarapelajar dan guru tersebut berbunyibegini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahuke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut jeye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput disitu dan sambil memandang rumput didepan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagiwalaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang danbuat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semulake kelas, tiada pun rumput yang beradadi tangannya. Maka cikgu pun bertanyakepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruhpetik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan diatas rumput dan sambil memandangrumput yang berada di situ, sayacarilah rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depansambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi keranayang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham denganorang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyakperkara yang menggugat perhubungantersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa palingcantik dan paling baik pada MULAnyawalaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.Maka sayangilah orang yang berada didepan kita dengan tulus dan ikhlas

Sekiranya kita mengimpikan seorang wanita sebaik saiditina Fatimah pastikan kita terlebih dahulu menjadi seperti saidina Ali. Jika mengimpikan lelaki sebaik saidina Ali bimbing dan bentuklah diri menjadi seprti saiditina Fatimah. Janji Allah itu pasti benar.


Sekadar renungan =)

Friday, May 11, 2007

Minal qalbi ila qalbi...

" Rina akak rase la kan akak ni susah nak faham org"

" Ye ke kak? hmm... tapi mungkin jugak kot hehhe =p"

" Rina rase mcm mana pembawakan usrah akak ok tak?"

" Hmm..." teragak2 rina nak menutarakan pendapatnya.. barangkali takut untu memberi pendapat atau terkejut dengan pertanyaan kakak usrahnya yang mengejut.

" Saya rase la kak, akak kene pandai cari cara pendekatan yang terbaik untuk setiap ahli usrah. Tak semua org boleh terime kalau akak buat satu method je tahap adik2 usrah akak pun berlainan jd cara akak pun kene lain2 akak kene jelas dengan sasaran akak"
Begitu lah lebih kurang pendapat yg terkeluar dari mulut rina adik usrahku yang selalu kelihatan serius tp peramah orgnye dan boleh dibawa berbincang.

Malam tu aku habiskan mase berbincang dan bertukar2 fikiran dengan rina. Menarik buah fikiran yang diberikan dan membuatkan aku berfikir sesuatu. Kami cube mengklasifikasikan golongan manusia kepada 3
a. Golongan yang baik
b. Golongan yang sederhana
c. Golongan yang hmm... perlu dibantu

Golongan B ini adalah golongan yang ditengah2 bergantung kepada persekitaran sama ada lebih menjurus kepada golongan A atau masuk dalam golongan C. Masalahnya kebanyakan golongan A ni kurang jelas dengan keadaan golongan B dan selalunye bg golongan A hanya ada dua sama ada baik atau jahat. Cepat saje nak melabelkan org dan seboleh mugkin tak nak keluar dari kelompok mereka dan tak cube bergaul dengan org lain. Inilah yang menyebabkan golongan B yang sepatutnya boleh dipengaruhi untuk masuk golongan A tapi terjerumus terus masuk dalam golongan C sebabnya pandangan org dari golongan A terhadap mereka.

Betul jugak kalau difikir2kan. Bile tgk org tu silap macam tersasar sikit cepat je nak melabel seseorang tu sebagai org yang tidak baik tanpa cuba mendalami perasaan org tu mugkinkah dia bermasalah mesti ade sebab kenapa dia jadi macam tu. Inilah kelemahan golongan A berasa selesa dengan kedudukan yang diklasifikasikan sebagai org baik2. Bukankah menjadi tanggungjawab untuk membantu org lain, berdakwah untuk meramaikan golongan yang benar2 mencintai dan mendalami keindahan Islam itu. Kenapa mesti pentingkan diri? Mungkin juga golongan A takut terpengaruh kalau mereka bergaul dengan golongan B dan C namun itu bukanlah sepatutnye dijadikan alasan dan penghalang untuk kita takut berdakwah. Dakwah tu luas. Peribadi dan akhlak yang baik dengan izinNya dah dikira berdakwah dan boleh menarik hati2 yang sedang mencari nur islam.. Benar golongan B kebanyakan nya adalah mereka yang masih mencari2 belum stabil tahu tapi belum mahu.

Aku juga pernah merasakan perasaan disisihkan. Di kala aku memerlukan sahabat2 sefikrah membantu menarik ku dari terus hanyut dan lalai mereka terus melangkah menuju matlamat masing2 tanpa menghiraukan aku terkapai2 mencari haluan ku. Apa yang aku dapat hanyalah feedback yang negatif yang langsung tidak membantu malah melemahkan semangatku. Bukanlah niatku menyalahkan rakan2 yang lain aku tahu kesilapan itu dari kelemahanku cuma sedikit terkilan dengan apa yang berlaku. Ini jalan hidup yang aku pilih sendiri aku sedar aku perlu bangun sekalipun tiada yang membantu..tp mampukah aku??

Di bawah ni ade artikel sebagai renungan buat kita semua terutama untuk insan2 bergelar da'i


‘Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain, ikut program lagi. Saya nak…’ Husna mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.

Fikiran Husna menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Husna akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu ‘bekerja’ sekarang kerana tarbiyah.

Tapi saat ini, keindahan ukhuwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Husna merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tak tau mengapa. Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya.
Namun ketika mahu dia luahkan pada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya sehingga Husna tak sampai untuk mengucapkannya.
‘Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita’ Begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah di hati.

Fenomena di atas bukanlah sesuautu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta berguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah.
‘Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun’.

Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika berjatuhannya aktivis dakwah ini bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama.
Kisah Husna adalah satu contoh. Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak standing dengan teman-teman halaqahnya.

Kuncinya adalah berterus-terang

Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan bestnya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu(afrod) yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walaupun sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian.
Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad’unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.

Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab bin Malik di perang Tabuk pada Rasulullah. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambil berkata, ‘wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allah akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu…”
Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kite semua akan erti keterbukaan,berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad’u berterus terang akan kesalahannya, makan akan legalah hati, walaupun mungkin ianya memalukan. Di saat itulah motivasi rohani dari murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk mengupgradekan langkah-langkah yang sudah tertinggal.

Eratkan kembali ukhuwah

Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang afrod (individu) dalam tarbiyah adalah ukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah bila kita rasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Berwajah cerah ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati ( empathy ) terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk bergugurannya sahabat-sahabat kita di jalan dakwah, insyaAllah.

Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan(transfer) ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya bermula dari tarbiyah

Semoga kita sama2 dapat merenung permasalahan ini agar tidak menjadi barah dalam arena dakwah. Tidak mustahil kenapa dalam Islam ukhuwah dan jemaah dijadikan aspek yang sgt2 penting. Bersama2 lah kita saling membantu dalam memartabatkan keindahan Islam. Semoga kita terus menjadi penerus mata rantai dakwah yang diwarisi dari zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dahulu. MAhukah kita menjadi pemutus mata rantai tersebut??? tepuk dada tanya iman =)

Sekian dulu untuk entry kali ini..
minal qalbi ila qalbi..
Wassalam.

Tuesday, May 08, 2007

Mendung...

Bismillahirrahminirrahim..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Coretan kedua buat lembaran baru ini
Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi ini dibekalkan dengan fitrah. Manusia juga dikurniakan nafsu dan keinginan yg selalu mewarnai kehidupan manusia. Namun nikmat yang terbesar yg dimiliki oleh seorang muslim ialah akal dan wahyu sebagai penyuluh kehidupan yg penuh cabaran ini. Alangkah bertuahnya manusia yang sedar akan kurniaan Allah ini.

Tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan Allah dan tidak semua jiwa mengetahui cara terbaik mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung. Ramai manusia yg lemas dan tersesat dengan kebodohan dan kezaliman yang manusia lakukan sendiri ke atas dirinya

" Ya Allah janganlah engkau biarkan kami menentukan nasib kami walau kadar sekelip mata sekali pun kerana nescaya kami akan menzalimi diri ini ya Allah semoga rahmat dan hidayahMu sentiasa bersama kami"

Kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Terkadang kita disanjung, hidup penuh ceria dipenuhi gelak ketawa di samping teman2 dan org2 tersayang, semua keinginan dipenuhi namun yang pasti kita juga akan melalui waktu2 suram terasa terasing, hari2 yang tidak lagi ceria, kesunyian, hari2 yang terasa kosong dan macam2 lagi perasaan yang negatif

Inilah ketikanya kemuncak di mana iman kita diuji. Jika tidak kuat tika dilanda badai dan ujian kemungkinan yang sgt tinggi untuk kita jatuh ke jurang kebinasaan. Bergbahgialah mereka yang tabah menghadapi saat getir ini dengan penuh iman dan taqwa

Aku tahu aku bukanlah hamba yang kuat namun aku mahu mencari kekuatan itu. Jika segala badai dan ujian yang menimpa ini adalah untuk mengkafarahkan dosa2 ku padaMu aku redha ya Allah..Moga aku menjadi hambaMu yang lebih baik kelak

Di tengah2 kesibukan study untuk menghadapi peperiksaan tak lama lagi, berbagai-bagai ujian datang silih berganti..Baru sahaja pada entry yang lalu aku mempersoalakan tentang ketenangan yang aku peroleh tiba2 sahaja ketenangan itu diragut pergi tanpa aku bersedia. Terasa lemah, gundah, sedih dan macam2 lagi perasaan yang jika dilayan nescaya aku akan hanyut.. Mungkin inilah yang terbaik untuk ku. Aku bersyukur ya Allah atas nikmat ujian yang kauberikan padaku semoga ujian ini menjadikan aku seorang yang matang, tabah dan muslimah yang kuat dan tegar hatinya tak mudah mengalah pada kesusahan dan ujian.

Org yang kuat adalah org yang mampu tersenyum tika ujian datang menimpa. Aku ingin menjadi org yang kuat itu. Semoga hatiku dikuatkan. Alangkah bgsnya kalau diriku seperti pantai yang tenang tika dilanda badai..pantai yang tak berubah sekalipun dihempas ombak tsunami sekalipun. Ya aku ingin sekali menjadi seperti pantai.

Ingatlah wahai hati keseronokan dan kenikmatan dunia hanyalah pinjaman semata2. Ia takkan kekal bila2 masa sahaja pinjaman itu boleh ditarik balik maka kuatlah wahai hati bersedialah untuk menghadapi semua kemungkinan yang akan berlaku.. Moga mendung yang melanda berarak pergi. Tetapi sekiranya mendung ini baik untuk ku, mendekatkan aku padaMu maka ya Allah aku redha dengan ketentuanMu. Semoga hari2 ku dapat diteruskan dengan berlapang hati dan bersangka baik padaMu..

Hmm dah panjang rasenye coretan kali ini.Cukuplah dulu sampai di sini semoga kalian di luar sana juga sentiasa bersedia untuk menghadapi mendung yang sentiasa berarak datang dan pergi dalam kehidupan kita sebagai hamba di bumi Allah ini =)
Be strong!!
Wassalam..


Sunday, May 06, 2007

Lembaran baru...

Assalammualaikum wbt..
Dah lama betul tak buka blog ni dibiarkan terbengkalai mcm tu je tibe2 hari ni tergerak nak buka blog n tukar sket format die sebab skang kene buka gune google account...
hmm masih adakah tetamu yang sudi menjengah blogku ini aku pun tak pasti tp harap2 semnagat untuk berblog ni datang balik n tak terus pudar

okeh untuk coretan pertama lembaran baru ni tak tau nak tulis ape sebenarnye tapi jari jemari ni terasa gatal nak bermain dengan papan kekunci kat laptop ni hehehe..

Selama blog ni tak diupdate aku rase macam tu jugak la imanku yg dah lama tak diupdate =( tp aku dikira masih bertuah sebab dikelilingi dgn sahabat2 yg solehah yg boleh membakar semngatku kembali..harap2 mereka pun tak tinggalkan aku terkapai2 seorang diri. Terima kasih banyak2 dekat ustaz azam yang rajin buat spot check iman walaupun aku jauh dibatas benua merentasi lautan tp dgn adenye yahoo messenger dapat jugak ustaz bertanya khabar..jazakallahukhyr ya ustaz semoga Allah saja yang membalas jasa ustaz..

Betul org kate ukhuwah kerana Allah itu manis walaupun tak pernah bersua tapi hati terasa dekat sgt.. terima kasih kat gmex sebab tolong wani mase iman ni gersang..nasihat yg lembut dan penuh hikmah dari gmex buat wani sedar sesuatu..terima kasih sahabat semoga ukhuwah yg terjalin tak dimamah usia hanya mati yg memisahkan kita

Rase2 nye semangat nak berblog ni distimulate oleh blog KS..Sejak akhir2 ni rajin jugak mengunjung blog KS boleh la nak kate pengunjung tetap blog KS (hehe dah pecah rahsia). Rasa best baca coretan kat blog KS mcm KS penah cakap dakwah ni luaskan,kalau kita tak mampu berdakwah dengan kata2 bagi ceramah yang power2 cukuplah kita berdakwah dengan peribadi kita n sape yg ade bakat menulis blog tu tulis2 la blog hehhe takde la berbakat sgt tp sebab suka baca novel jd berminat jugak nak menulis2 ni..

Hmm dah lama tak buat usrah apa khabar agak2nye iman adik2 usrahku. Harap mereka semua tak mudah mengalah dgn cabaran hidup kat Rusia ni akak yakin fatin, rina, nana, shu n wani org yang kuat2 malah lebih kuat dari kakak usrah korang ni =) harap2 hujung minggu ni tak de halangan nak berusrah di tengah kesibukan sume budak2 nizhny study untuk exam..iAllah

Bercakap pasal exam, sume org pun macam tgh sibuk pulun untuk exam tp sebenar2nye aku masih belum merasai bahang exam tu kenapa yek???
Terasa bersalah pulak dekat emak yang selalu je mengingatkan pasal study
"Kak ni belajar betul2 ye exam dah tak lama lagi"
Emak risau agaknye yelah mane tak risaunye aku selalu je cakap " tension la mak dok kat sini" "susah la exam sem ni banyak la mak" ditambah pula baru2 ni aku tak ketinggalan turut serta wakil uni untuk moscow games bermain volley sukan yang tak pernah seumur hidup ni aku ceburi dan tak pernah terbayang pun nak main volley hehehe tapi tah macam mana terterjun pula dalam sukan ni dan sekarang makin sayang pulak tambah2 lepas menang pingat perak kat moscow baru ni hepi sungguh walaupun aku substitute je tapi kemenangan tu adalah kemenangan di luar dugaan sebab nizhny sebelum ni terkenal sebagai pasukan belasahan =p tp alhamdulillah berkat usaha dan latihan intensif yang kami buat sejak tahun lepas lagi kemenangan menjadi milik kami tahun ni syabas pasukan volley nizhny!! teruskan usaha utnuk nizhny game 2008 =)

Ok berbalik pasal exam...macam mana ye nak timbulkan rase gerun supaya semangat sket nak study atau ketenangan ini baik untuk aku study? Hmm perlukah aku hadirkan rasa gerun untuk study? Alamak banyaknye soalan tp aku pun tak de jawapan..macam mana pun aku kene semangat jugak macam kawan2 yang lain..chaiyok wani!!!!

hmm dah taktau nak merepek ape~~ oklah cukup la setakat ni dulu lain kali kite jumpe lagi k heheh.. assalamualaikum =)