Thursday, November 16, 2006

Seksaan yang menimpa wanita...

Antara seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

(1) perempuan yang digantung denganrambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(3) perempuan digantung buah dadanyadari arah punggung dan air pokok zakum dituang kedalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yangmenyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

(4) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kalajengking. Mereka adalahperempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapitidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapa tizin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

(5) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada apiyang menyala.Mereka adalahperempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

(6) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalahperempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihatakan perhiasannya.

(7) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalahperempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

(8) perempuan rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah..
Sahabat2 marilah kita muhasabah diri dan tetapkan matlamat kehidupan kita sebagai seorang srikandi islam...
Wanita dijadikan dengan pelbagai keistimewaan
Wanita..hatinya lembut untuk menjadi penyejuk rumahtangga
Wanita..dikurniakan ketabahan untuk membantunya memenuhi tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri kepada suami yang beriman
Wanita..dikurniakan air mata untuk meredakan kegelisahan hatinya
Wanita..dikurniakan keistimewaan melahirkan insan2 yang bersih dan suci dari rahimnya
Banyak lagi kelebihan yang ada pada wanita...
bak kata pepatah
" Tgn yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia" begitulah hebatnya wanita yang dijadikan Allah namun kehebatan itu adalah sia2 sekiranya wanita tidak tahu menggunakan kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan pada jalan yang betul...
Semoga kita terhindar dari azab seksa yang dasyat ini.. Bersama-sama lah kita perbaiki kelemahan dan kekurangan diri semoga kita tergolong dalam golongan wanita2 solehah..wallahualam =)

Wednesday, November 08, 2006

Memohon kekuatan dalam ketenangan...


Assalammualaikum...
Semoga sahabat2 sekalian dalam limpahan rahmat dan redhaNya..
Entah di mana silapnya tapi hati ini sering berasa tidak tenang sejak kebelakangan ini..
Sudah jenuh kuselami ke dasar hati mencari punca namun masih belum kutemui
Mungkin aku perlu banyak lagi muhasabah diri
Membersihkan noda2 pada hati yang suka berprasangka
Menggilap semula piala hati yang telah malap
Mengusir pergi sikap mazmumah yang burpusu2 bertandang tanpa diundang
Menjemput datang sikap mahmudah yang malu2 menjengah
Semoga kekosongan hati ini kembali terisi
Kupohon doa dari kalian semua agar kuperoleh
Kekuatan dalam ketenangan...

-wardatulasrar 8 NOV 06-
Kudambakan kasihmu ilahi...

Wednesday, November 01, 2006

PANDUAN BERSAHABAT....

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan
segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai
sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang
sering sejalan denganku dan yang menjaga nama
baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati
yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun
duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan
selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku
untuk berkenalan, kerana aku akan merasa
senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat,
aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang
sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku
sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Kalau suka melanda, aku sering bertanya.
Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala
aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang
yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah
merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain
ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika
musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak
ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat
dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari
mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit,
tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku
berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika
hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul
Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa,
lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku
harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang
adalah lebih menyenangkanku daripada
bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan
zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi
dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua
tanganmu dari zaman tersebut dan dari
manusianya. Peliharalah cintamu terhadap
mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi
kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum
pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang
sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana
banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang
mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah
lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang
sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari
sahabat sejati sehinggalah pencarianku
melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun
tak satu negarapun yang penduduknya berhati
manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi
tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika
dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila
engkau memerlukan pertolongan mereka,
bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-
duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia
akan dihormati. Begitu juga barangsiapa
menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain,
baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa
berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa
yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai
rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara
permusuhan. Ketika musuhku lewat di
hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga
diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan
rasa persahabatanku kepada orang-orang yang
kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu
kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan
muncul bila kita mendekati mereka. Padahal
menjauhi manusia bererti memutuskan
persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat
denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa
dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih
dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang
tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat
yang selamanya tak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik,
tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa
hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-
orang yang mulia, maka dekatilah orang yang
sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya
orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga
nama baik dirinya dan selalu menghormati
tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya
kecuali dalam keadaan terpaksa, maka
tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas
kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang
dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya
bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran
buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya
usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai,
mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala
dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci
tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya
cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana
dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah
terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang
kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada
sahabat yang jujur dan menepati janji.

CALON SOLEHAH....

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.Aduh! Dia mengeluh.

Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu. “Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini.

Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar. “Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..” “ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku.

Tok Ayah hanya menggeleng. Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat!

Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.

“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu. “sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.

“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah. “nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.

“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan. “Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum.
“ teruskan usaha mencari calon yang solehah.
Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB.

Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,” “Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

Syukur Ya Allah.