Sunday, April 30, 2006

Bicara hati...

Assalammualaikum.....
hmm dah lame rasenye tak menulis...kononnyer "sibuk". Hakikatnya ana hanyut dengan kehidupan dunia yg kadang kala melalaikan...(mintak dijauhkan)
namun kehidupan masih perlu diteruskan..sekali pun takut untuk menghadapi masa depan yg bakal ditempuh ana tidak boleh kalah dengan ujian dan dugaan hidup yang tidak seberapa ini.Ada org lain yang lebih berat ujian dan dugaan dari secebis ujian yang Allah turunkan pada ana untuk menguji keimanan yang sudah pastinya nipis ini...
Berpegang pada firmanNya:

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainakan dengan kesanggupannya (sesuai dengan kemampuannya" 2:286

"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut merubahnye sendiri"

Kadang kala kita merasa kita kuat, kita tabah untuk menghadapi apa jua dugaan yg mendatang namun hakikatnya diri ini masih banyak kekurangan dan cacat cela yg perlu diperbaiki..

"Beramal tidak semudah berkata-kata"

Ana makin sedar hakikat di sebalik kata-kata ini...
Terasa diri ini terlalu lemah kerana hanya mampu memberi nasihat pada yang lain tapi diri sendiri tidak mampu memenuhinya..Timbul rasa takut dalam diri mengenangkan firman Allah dalam kitab suci Al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (as shaff: 2,3)

Ana lah org yg dibenci itu... masih lemah untuk mengawal kata-kata yang meluncur keluar dari ulas bibir ini... kadang kala kita merasakan bahawa niat kita baik tapi mungkin baik pada kita tapi tidak pada org lain... tapi yang pasti ulas bibir ini selalu memberikan pesanan pada sesuatu yg ana sendiri tak mampu nak buat..malu pada diri sendiri

teringat pula pada pesanan seorang alim (ana tak pasti siapa..afwan)

"Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati"
mintak dijauhkan...

betul seperti bait-bait lirik dalam salah satu lagu kegemaran ana dari kumpulan favourite jugak inteam dalam lagu mereka yang bertajuk "Bicara kata":

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarah ku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang yang tajamnya
Bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jaga lah bahasa kata kita
Jangan disalah guna (c/o)
Yang indah itu bahasa
Yang cantik itu budi pekerti
Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan tuhan telah banyak dikhianati
Mencecah menghina dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata


benarlah kata org "kawan merupakan cermin diri kita...baik kawan insya'Allah kita pun akan mendapat tempias kebaikan itu, buruk kawan insya'Allah kita juga akan menerima padahnya"
Alhamdulillah ana bersyukur ditemukan dengan sahabat-sahabt yg banyak menyedarkan diri ini.. Semakin terserlah kelemahan dan kekurangan diri yg selama ini tidak ana sedari...alhamdulillah syukur sgt2..

kadang kala kita mengharapkan sinar kebahagiaan namun tanpa kita sedari kita sendiri yang menutup pintu kebahagiaan itu kerana terlalu berduka dgn satu pintu kebahagiaan yang tertutup sehingga tidak nampak pintu-pintu kebahagiaan yang Allah buka untuk kita..
Allah itu Maha pemurah dan penyayang tinggal lagi kita mahu atau tidak mendapat kasih sayang dan sifat pemurah Allah itu..tepuk dada tanya iman...

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah..Kepada sahabat-sahabat yg banyak membantu dan menerangi liku-liku hidup ana yg suram, Jazakumullahukhyran kathiran.

"Memang tiada manusia yang sempurna tapi tidak salah untuk kita sama-sama menuju kesempurnaan itu..insya'Allah"

Wallahualam...
Sekadar bicara hati seorang hamba yg lemah dan serba kekurangan..

Saturday, April 22, 2006

Jadilah kita para wanita yang dikasihi dan diredhai..

PEREMPUAN YANG DISAYANGI...
adalah pencinta tuhannya....
yang mengalir cinta,takut dan harap...
yg mengusai perjalananpenghidupannya..
.dari waktu ke waktu...
dari hari ke hari...
sehingga perjalanan diantara....
jasad dan nyawanya berakhir..

PEREMPUAN YANG DIRINDUI...
adalah perempuan yang dimata danwajahnya..
terpancar sinar nur ilahi...
lidahnya basah dgn zikrullah...
disudut hati kecilnya ......
sentiasa membesarkan Allah....

PEREMPUAN YANG DICINTAI.....
yang menutup auratnya...
dari pandangan mata ajnabi...
kehoramatan dirinya menjadi mahal nilainya....
disanjung tinggi...
penduduk langit dan bumi....

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN..
adalah yang mendekatkan....
hatinya yang telah jauh...
disaat orng lain dilamar kebendaan.....

PEREMPUAN YANG DIKASIHI...
yang bersyukur dgn apa yg ada..
yg bersabar pada yg tiada...
cinta pada hidup yg sederhana...
yang tidak bermata benda....

Friday, April 21, 2006

Semoga kita sama2 berjaya dalam temuduga ini...insya'Allah

Temuduga Terbuka - Performance Based Organisation

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan DilantikJadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal,yang bermaksud begini:Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompahkasut) orang2 yangmenghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya,puasanya diletakkan disebelah kanan nya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya :dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalanmasuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal - kebajikan : dibahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkatakepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam,lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakahpandangan kamu tentang seorang laki-laki(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu:Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabiMuhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan,kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepadasemua sahabat.
Wallahu-a'lam.
Semoga berjaya dlm temuduga ini....

Saturday, April 08, 2006

SEGENGGAM TABAH...

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasib mu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biar pun jenuh hidup di palu
Pasti bertemu tenangnya..

Bagi ana lirik lagu ni sangat mendalam maksudnya...
Saje nak promote lagu ni..mana tau boleh tenangkan hati sahabat2 tika gundah gulana..
Tapi sebaik-baik ubat untuk hati yang gundah sudah pastilah al-qurannul karim
Cuba la dengar nasyid ni.best =)


Thursday, April 06, 2006

Tuhan
Terasa lembutnya belai sayangmu
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi
Adakalanya terasa membahang kemurkaanmu
Seiring patahnya sayap mujahadahmu
Tuhan
Langkahku bagaikan mati
Mendaki kasihmu nan sayup tinggi
Namun cintaku bukan palsu
Biar langkah ku ke sana sering terganggu
Tuhan
Terlerai sudah ribuan taubatku
Terungkai bersama semua janjiku yang dahulu
Kataku sering mungkir
Walau ku tahu cintamu tidak pernah meminggir
Tuhan
Walau apa pun aku masih terus di sini
Mengemis di dermaga janjimu yang pasti
Di sini aku masih mendamba kasih
Kerana ku yakin kasihmu tak pernah sirna selama-lamanya