Wednesday, January 03, 2007

Doa buat kekasih...


" Ya Allah, sesungguhnya aku mintak petunjuk yang baik dariMu,
dengan ilmuMu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu.
Aku minta dariMu dari kelebihanMu yang banyak, maka sesungguhnya
Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan
Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib.
Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku,
jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan kesudahan urusanku pada masa kini dan masa akna datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku darinya,
tentukanlah kebaikan untuk ku dimana sahaja aku berada s
esungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu"

Doa seorang kekasih...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMU,
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu
Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu,
Ya Allah
Kurniakanlah kami iman yang sempurna,
Hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar2 mantap
Ya Allah
Kurniakan lah kami din cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala bahaya dan petaka
Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kamiterpaksa meminta jasa org lain.
Berikanlah kami yaAllah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap org lain selain dari Engkau sendiri
Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama kami
Jangan ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri
walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu
Wahai tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan
Perkenankanlah doa hambamu ini...

Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihaniMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya
Penuhkan piala hati ini dgn cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap
Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman dan keyakinan dan keindahan tawakal padaMu
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini...