Tuesday, December 13, 2005

Kesedihan...
Tatkala ia melanda sudah pasti air mata jua sahabat terbaik
Terlalu banyak yang bermain di mindaku tatkala ini..
Pada siapa patut kuluahkan aku juga tidak mengerti..
Terkenangkan rumah menambah kesedihan di hati
Menggamit rindu yang tidak henti
Terkenang kan exam yang bakal menjelma menguji ketabahan hati..
Ya Allah kurniakanlah hambamu yang lemah ini sedikit kekuatan ya Allah..
Jangan lah aku terus rebah dengan kelemahan dan kedukaan yang melanda..
Ya Allah padamu tempat ku berserah
Kurniakan lah daku secangkir ketabahan
Mengharungi hari2 yang mendatang
Yang sudah pasti menjanjikan seribu satu kepayahan..
Namun aku sedar kesedihan ini satu nikmat kurniaanmu
Untuk menguji ketabahan dan keutuhan semangat mujahidah dalam diriku..
Semoga orang2 yang aku sayang sentiasa di bawah payung rahmat dan lindungan mu ya Allah..
Wahai diri..jangan biar dirimu lemas dalam kedukaan..
Kau perlu kuat..Kau perlu tabah...
Ingat.. Allah tak kan menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hambanya...
Semoga kedukaan ini membawa kau mengenali indahnya nikmat kurniaan tuhan..
Semoga kau menjadi insan yang lebih tabah dari semalam
Semoga mujahadahmu lebih utuh
Semoga semangat serikandi islam terus membakar dalam dirimu
Agar satu hari nanti seorang wardatul asrar mampu berdiri ampuh di medan jihad
Kiranya syahid, gugurnya sebagai seorang syuhada di jalan Allah...

wardatul_asrar05 (13 disember 2005)

Monday, December 12, 2005

BANGKITLAH WAHAI MUJAHID MUJAHIDAH...

Wahai diri,
Tabahkan la dirimu tika ujian datang menyapa
Jangan dibiar nafsu beraja
Kala dirimu lemah kembalilah pada yang Esa..
Hanya padaNya sebaik-baik tempat sandaran..
tempat untuk hamba2 yang hina ini bergantung harap..

Wahai diri,
Jangan kau biar dirimu hanyut dalam lautan nafsu
Lemas dalam godaan dunia
Lemah dengan ujian yang tidak seberapa
Rebah bersama sikap mazmumahmu
Tunduk pada si durjana yang pandai menganyam kata
Bermadah puisi indah membisikkan agenda keji di pendengaranmu
Jangan biar dirimu tersungkur tanpa mampu untuk bangun semula...
BANGUN! sedarlah dari lena mu
Jangan dipersiakan anugerah yang telah dikurniakan padamu..

Wahai diri
Sudahkah Kau fikir perasaan umi dan abah?
Adakah mereka akan tersenyum melihat dirimu sekarang
Atau mereka tersedu-sedu menangisi keadaamu
Bagaimana tinggi harapan yang mereka sandarkan padamu
Jangan demi nafsu kau membuatkan air mata mereka mengalir..
Melihat dirimu tersungkur di medan perjuangan
Kau anak harapan ayah dan ibu..
Kau mesti kuat
Kau mesti tabah..
Tidak Allah turunkan ujian kiranya hambaNya itu tidak mampu..
Kau insan terpilih..
Sedarlah wahai diri..

Wahai diri
Peliharalah piala hatimu
Agar ia terus bersinar
Menerangi hidupmu dan orang disekelilingmu
Agar sama2 tidak tersesat jalan

Wahai diri

Ingatlah...kau tidak pernah kesorangan
Tika kau merasa letih dan semangatmu terbang dipuput bayu,
Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya
Tika tangisanmu berpanjangan & kedukaan melandamu
Allah mengira tiap titisan airmatamu
Tika kau rasa dirimu ketinggalan dan masa meninggalkanmu
Allah setia disisimu
Tika kau telah mencuba segala tapi kabur tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian
Bila tiada yang bererti buatmu, keliru, & kecewa,
Allah adalah jawapannya..

wardatul_asrar05 (12 disember 2005)

Wednesday, December 07, 2005

HADIAH HARI LAHIRKU....

Tuesday, December 06, 2005

INGATAN DARI SAHABAT BUAT SAHABAT...

Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini
Taktala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah

Sahabatku,
Kebimbanganku ini kian menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu

Sahabatku,
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikkannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Sahabatku,
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu
Kerana apa yang ku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga yang gugur bagaikan tibanya musim luruh

Sahabatku,
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
Menanti kekasihnya di pintu syurga

Sahabatku,
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci lagi terpuji
Kerana aku tak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga- bunga itu mekar mewangi
Sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau Sahabatku,
Kadangkala musim berganti
Sehingga kau tak dapat kembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jagalah kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Sahabatku,
Aku bukanlah memandang kecantikkanmu itu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Bukan itu yang ku harapkan Aku yakin
Sahabatku Masih ada sinar harapan yang bisa membuat aku tersenyum lega
Kerana akan aku temui ratu yang benar-benar
Ratu idaman kalbu ..

19 TAHUN USIA PENGEMBARAANKU...

Alhamdulillah......
Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan ke hadrat ilahi atas segala nikmat yang telah kukecapi sepanjang 19 tahun usia pengembaraanku..
Banyak pahit manis kehidupan yang telah kulalui namun masih banyak yang perlu kuhadapi pastinya....
Apa yang menjadi kegusaran bagiku..."Mampukah aku untuk meneruskan pengembaraan yang penuh misteri ini?"
Dalam usia pengembaraan yang dianggap baru setahun jagung ini terlalu banyak yang telah kulalui untuk dikongsi bersama... namun apa yang kuharapkan diri ini akan terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk teruskan pengembaraan penuh mencabar ini.
Kiranya aku diberi peluang untuk mengembara lagi..insya'Allah
DariNya ku pohon agar pengembaraan ku ini
Disuluh dengan cahaya keimanan agar aku tidak tersesat jalan
Dibekalkan dengan ketabahan agar aku tak rebah
Disadur ilmu meredah halangan

Ditemani sahabat agar aku tak kesorangan
Dihiasi peribadi agar aku tak mudah hanyut..

Buat ayahnda yang dikasihi.. "Abah, still remember your baby girl 1st cry 19 years ago? she has grown up now n insya'Allah will be a doctor..Thank you for everything... Doakan adik ye...Semoga restu abah sentiasa bersama"

Buat bonda tercinta.. " Ma your baby girl 19 years ago has grown up menjadi seorang bakal doktor insya'Allah...Doakan adik ye ma..Semoga restu mak sentiasa bersama..You are a great mum!!"

Terima kasih mak, abah.... Tiada apa yang dapat membalas jasa kalian berdua..Kalianlah sumber inspirasiku.. Tanpa kalian tak mungkin anakmu ini mampu mengembara di bumi Allah ini..Tanpa kalian tak mungkin anakmu ini mampu merangkak,bertatih, berjalan dan seterusnye berlari menyusuri liku2 pengembaraan yang mencabar ini

Harapanku semoga pengembaraanku diredhai..

Pada sahabat2 terima kasih atas ingatan yang tulus dan ikhlas buat ana..
Insya'Allah semoga ikatan persahabatan ini akan terus diberkati dan diredhai dalam usaha kita bersama2 menuju destinasi yang satu...

Kiranya dalam pengembaraan ini antum nampak kelemahan dan kecacatan pada diri ana..tiada lain yang ana harapkan melainkan teguran yang ikhlas dan pimpinlah ana ke jalan yang sebenarnye..

Ukhuwwah fillah abadan abada...insya'Allah

(coretan 7 disember 2005)


Saturday, December 03, 2005

LELAKI ACUAN AL-QURAN


LELAKI ACUAN AL-QURAN
SEORANG LELAKI YANG BERIMAN
MEMILIH MUSLIM MUTTAQEEN SEBAGAI JATI DIRI
HATINYA DISALUTI RASA TAQWA KEPADA ALLAH SWT
APABILA DISEBUT ASMA' ALLLAH..GEMENTAR HATINYA,
BERDEBAR JANTUNGNYA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA HAUS DENGAN ILMU
SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA
TIDAK PERNAH GENTAR UNTUK BERKATA BENAR
TIDAK PERNAH LESU UNTUK MELAWAN NAFSU



LELAKI ACUAN AL-QURAN
TUTUR KATANYA AMAT DIJAGA
TIDAK PERNAH BERMEGAH DENGAN ILMUNYA
TIDAK PERNAH BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG MENIPU
SENTIASA BERBUAT KEBAIKAN
KERANA SIFAT PELINDUNGNYA
MEMPUNYAI RAMAI KAWAN
NAMUN TIDAK MEMPUNYAI MUSUH

LELAKI ACUAN AL-QURAN
LELAKI YANG MENGHORMATI IBU BAPANYA
BAKTI DIHULURKAN BUAT AYAHBONDA DAN KELUARGA
DIA BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAHTANGGANYA KELAK
MEMBERIKAN BIMBINGAN DUNIA DAN AKHIRAT
BUAT ZAUJAH JUA PERMATA HATINYA
WASATIAH AMALAN HIDUPNYA
PENDORONG MENUJU BAITI JANNATI
KERANA DUNIA BAGINYA HANYALAH
LADANG MENUJU AKHIRAT
JUA RUMAH SEMENTARA SAHAJA
MENUNGGU YANG NYATA DI AKHIRAT SANA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA BERSEDIA UNTUK AD-DEENNYA
HIDUPNYA DISINARI CAHAYA NAUNGAN AL-QURANUL KARIM
SIFAT RASULULLAH KETAATAN DIRINYA
BICARANYA ADALAH AMALANNYA
GERAK LAKUNYA ADALAH ILMUNYA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
PABILA MENGHADAP WAJAHNYA KEPADA YANG MENCIPTA
BERDIRINYA PENUH TERTIB
RUKUKNYA PENUH TAWADHU'
SUJUDNYA PENUH KUSYUK
DUDUKNYA PENUH TASYAHHUD
DOANYA PENUH MALU

"YA ALLAH, ANDAINYA KEJAHATAN TAK KU LAKUKAN KERANA TAKUT AKAN NERAKA-MU, MAKA KAU CAMPAKKANLAH AKU KEDALAMNYA,ANDAINYA AKU MENGHARAPKAN SYURGA-MU KERANA PAHALA YG KAU JANJIKAN,MAKA KAU HARAMKANLAH KAKIKU MENJEJAK SYURGA DAMBAANKU ITU,TETAPI JIKA HIDUPKU MATIKU KERANA MENGHARAPKAN REDHA-MU YA RABB, MAKA JANGANLAH KAU MALAPKAN HATI INI KERANA HATI INI TELAH BERLABUH UNTUK SENTIASA TAAT DAN DEKAT DENGANMU,WAHAI RABBUL 'IZZATI.."

LELAKI ACUAN AL-QURAN
BASAH MATANYA KERNA RINDU-NYA PADA YANG KHALIQ
BASAH LIDAHNYA KERANA SELALU MENYEBUT ASMA' TUHANNYA
GEMAR TELINGANYA MENDENGAR ALUNAN ZIKIR MUNAJAT
TANGKAS LANGKAH KAKINYA BERJEMAAH DI RUMAH ALLAH

LELAKI ACUAN AL-QURAN
KELUAR DIJALAN ALLAH SETINGGI CITA-CITANYA
TEGAKNYA MEMASAKKAN KALIMAH ALLAH DI PELUSUK DUNIA
KEWAJIPAN SEORANG DA'E BAGAI DIRINYA
HATINYA BAGAIKAN TAHU
BAHAWA MASIH RAMAI YANG CUKUP DAHAGAKAN
SUATU GEMERLAPAN CAHAYA ISLAM YG MAHA INDAH
MEDAN PERJUANGAN SYAHID IMPIANNYA
HAYYA 'ALAL JIHAAD!!
MENYERU PARA MUJAHIDDEEN
DIALAH KUBU PERTAHANAN ISLAM
TEGAS DENGAN KAFIR LAKNATULLAH
TAKKAN MUDAH ISLAM TUNDUK PADA KUASA KUFFAR

DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN
DIA LAYAK BUAT
WANITA ACUAN AL-QURAN JUA..
KERANA
ANDAI DIRI MENGHARAP TEMAN SEZUHUD ALI KARRAMALLAHU WAJHAH
HIASILAH DIRI UMPAMA PEMURAHNYA FATIMAH AZ-ZAHRA
USAH DIDAMBA TEMAN SESABAR NABI ALLAH IBRAHIM AS
ANDAI DIRI TIDAK SETABAH SITI HAJAR
MENGAPA MENGHARAP TEMAN SEHEBAT KEKASIH ALLAH,MUHAMMAD SAW
ANDAI DIRI TIDAK SESETIA KHADIJAH AL-KHUWAILID

BENARKAH KAU SERIKANDI ISLAM???


Iman senipis kulit bawang???
Benar....
Kini ku rasakan iman ini lebih nipis dari sehelai kulit bawang
Amat mudah tercarik
Tapi amat payah untuk ditaut kembali
Mudah sungguh kau tergoda dgn hasutan dunia
Begitu mudah membiar nafsumu beraja
Lemahnye kau menolak ajakan duniawi..
Malumu belum cukup untuk manjadi benteng pertahanan
Semangatmu tidak mampu mengampuhkan diri
Pabila akalmu tumbang bertarung dgn nafsu
Lalu dirimu hilang pertimbangan
Malumu tergadai..
Imanmu terhempas..
Semangatmu terbang melayang..
Adakah ini srikandi islam yang diimpikan???
Pasti jawapannya TIDAK!
Adakah selama ini aku menipu diri?
Adakah selama ini aku hipokrit?
Adakah selama ini aku berpura2?
Apa yang aku cari dalam hidup ini..
Keseronokkan?
Pujian?
Sanjungan?
atau...
Cinta Ilahi yang Maha Agung
Persoalan2 yang seringkali berlegar di minda
Kalau begini nipis imanmu wahai serikandi..
Mampukah kau meredah onak dan duri
Mengharungi jalan yang berliku
Menyusuri arus deras kehidupan
Untuk sampai ke destinasi yang kau tuju...
Wahai serikandi..
Mujahidah fi sabilillah...
Fikir dan cuba renungkan..
Muhasabah kembali kesilapan2 yang telah kau lakukan
Supaya kau belajar dari kesilapanmu
Jangan kau ulangi kesilapan yang serupa..
Ingat kau serikandi ISLAM..

Perlu kuat jati diri..
Hiasi diri dengan sifat malu
Jangan kau biar jiwamu yang lemah ini terus lemah..
Kau perlu segera bangun!!!!!!
Bangun dari dosa semalam
Jangan biar "si tanduk dua" berjaya menguasaimu..
"Ya Rahman ya Rahim..
Daoku moga kau pelihara muslimah2 ini..
Moga terpelihara mujahidah2 yang berjihad pada jalanmu
Moga kau teguhkan semangat serikandi2 Islam ini..
Sinarilah hati2 kami dengan cahaya rabbanimu
Kurniakan lah kami kekuatan di sebalik kelembutan yang kau anugerahkan kepada kami
Moga kami terus ampuh berjuang menegakkan syiarMu..."

wardatul_asrar05 (4 Disember 2005)