Tuesday, May 08, 2007

Mendung...

Bismillahirrahminirrahim..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Coretan kedua buat lembaran baru ini
Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi ini dibekalkan dengan fitrah. Manusia juga dikurniakan nafsu dan keinginan yg selalu mewarnai kehidupan manusia. Namun nikmat yang terbesar yg dimiliki oleh seorang muslim ialah akal dan wahyu sebagai penyuluh kehidupan yg penuh cabaran ini. Alangkah bertuahnya manusia yang sedar akan kurniaan Allah ini.

Tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan Allah dan tidak semua jiwa mengetahui cara terbaik mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung. Ramai manusia yg lemas dan tersesat dengan kebodohan dan kezaliman yang manusia lakukan sendiri ke atas dirinya

" Ya Allah janganlah engkau biarkan kami menentukan nasib kami walau kadar sekelip mata sekali pun kerana nescaya kami akan menzalimi diri ini ya Allah semoga rahmat dan hidayahMu sentiasa bersama kami"

Kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Terkadang kita disanjung, hidup penuh ceria dipenuhi gelak ketawa di samping teman2 dan org2 tersayang, semua keinginan dipenuhi namun yang pasti kita juga akan melalui waktu2 suram terasa terasing, hari2 yang tidak lagi ceria, kesunyian, hari2 yang terasa kosong dan macam2 lagi perasaan yang negatif

Inilah ketikanya kemuncak di mana iman kita diuji. Jika tidak kuat tika dilanda badai dan ujian kemungkinan yang sgt tinggi untuk kita jatuh ke jurang kebinasaan. Bergbahgialah mereka yang tabah menghadapi saat getir ini dengan penuh iman dan taqwa

Aku tahu aku bukanlah hamba yang kuat namun aku mahu mencari kekuatan itu. Jika segala badai dan ujian yang menimpa ini adalah untuk mengkafarahkan dosa2 ku padaMu aku redha ya Allah..Moga aku menjadi hambaMu yang lebih baik kelak

Di tengah2 kesibukan study untuk menghadapi peperiksaan tak lama lagi, berbagai-bagai ujian datang silih berganti..Baru sahaja pada entry yang lalu aku mempersoalakan tentang ketenangan yang aku peroleh tiba2 sahaja ketenangan itu diragut pergi tanpa aku bersedia. Terasa lemah, gundah, sedih dan macam2 lagi perasaan yang jika dilayan nescaya aku akan hanyut.. Mungkin inilah yang terbaik untuk ku. Aku bersyukur ya Allah atas nikmat ujian yang kauberikan padaku semoga ujian ini menjadikan aku seorang yang matang, tabah dan muslimah yang kuat dan tegar hatinya tak mudah mengalah pada kesusahan dan ujian.

Org yang kuat adalah org yang mampu tersenyum tika ujian datang menimpa. Aku ingin menjadi org yang kuat itu. Semoga hatiku dikuatkan. Alangkah bgsnya kalau diriku seperti pantai yang tenang tika dilanda badai..pantai yang tak berubah sekalipun dihempas ombak tsunami sekalipun. Ya aku ingin sekali menjadi seperti pantai.

Ingatlah wahai hati keseronokan dan kenikmatan dunia hanyalah pinjaman semata2. Ia takkan kekal bila2 masa sahaja pinjaman itu boleh ditarik balik maka kuatlah wahai hati bersedialah untuk menghadapi semua kemungkinan yang akan berlaku.. Moga mendung yang melanda berarak pergi. Tetapi sekiranya mendung ini baik untuk ku, mendekatkan aku padaMu maka ya Allah aku redha dengan ketentuanMu. Semoga hari2 ku dapat diteruskan dengan berlapang hati dan bersangka baik padaMu..

Hmm dah panjang rasenye coretan kali ini.Cukuplah dulu sampai di sini semoga kalian di luar sana juga sentiasa bersedia untuk menghadapi mendung yang sentiasa berarak datang dan pergi dalam kehidupan kita sebagai hamba di bumi Allah ini =)
Be strong!!
Wassalam..


No comments: