sekadar coretan...
Assalammualaikum...
hmmm..sekali lagi tergerak nak menulis =) akhir2 ni agak susah nak dapat mood nak mencoretkan lakaran hidup kat ruangan blog ni..mungkin sebab bebanan dan amanah yang perlu ditunaikan ...amanah exam dunia...
alhamdulillah... sejak akhir2 ni Dia banyak menguji diri ini... pelbagai ujian dan dugaan yang datang...kalau berfikir secara negatif agak down jugak tapi dari sudut positif ujian tu tanda Dia masih ingat pada kita kan... banyak pulak pengalaman hidup yang dapat dikutip akhir2 ni..terutamanya dari segi pergaulan dan masalah2 sebagai seorang musafir di bumi Allah.. alhamdulillah banyak yang ana dapat blajar.. nak kongsi sikit pengalaman dengan sahabat2 sekalian...tak semua yang kita nampak baik itu adalah baik dan tak semua yang nampak buruk itu tak baik...
pengalaman tu mendewasakan kita..lagi payah dan kuat cabaran yang kita lalui lg matang kita menghadapi kehidupan dunia yang sementara ni..teringat kata2 seorang sister dulu.... " Allah hantar kamu ke rusia ni sebab dia sayang kamu. kamu adalah insan yang terpilih untuk diberi dugaan supaya lebih tabah menjalani hidup"
erm... teringat lagi masa detik2 awal melangkahkan kaki ke russia ni..besides beberapa bulan sebelum datang pun dah macam2 dugaan.. boleh dikatakan keadaan lebih memihak kepada negatif..masa tu mind set pasal rusia ni sangat2 negatif... tp Dia telah menggerakkan jugak hati ini untuk datang bermusafir menerokai alam ciptaanNYA. Masa 1st year datang sini rasa life kat sini macam satu penyiksaan jiwa yg amat sgt... Rasenye sahabat2 ana yang lain pun rase macam tu tp sebab dah niat nak datang blajar kami kuatkan jugak semangat..cuba yakinkan antara satu sama lain pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. alhamdulillah dah nak abis 2nd year pun sekarang... kami dapat jugak survive walaupun banyak lah mengeluh dengan life kat sini...
tapi bile difikir-fikirkan balik, dengan pelbagai dugaan yang dianugerahkan pada ana akhir2 ni, it make me realize sumthing...indah betul perancangan dari Nya..rupa-rupanya banyak bende yang Dia nak suruh blajar kat sini.. Memang agak menyakitkan tapi iAllah dengan ujian2 ini ana akan lebih tabah untuk menangani masalah hidup.. rasa macam dah besar sgt pulak..hihihi... =p tapi hakikat nye memang kite semakin meninggalkan usia muda kite...bukan nye makin hari makin kecik kan... ujian ni baru sedikit..ana yakin ada lagi ujian besar yang akan ana dan sahabat2 sekalian akan tempuhi..
hidup ni sebenarnye tak ubah macam immune system dalam tubuh...( ceh..ceh..masuk microb sket..praktikkan ilmu Allah yang dah dipelajari) mase dalam rahim mak..kite bergantung boleh kata 100% kat mak..yer la masa tu ape2 pun tak tau..immune system pun tak develop lagi.. badan kite hanya akan develop antibody bile ade bende asing yang masuk dalam badan baru badan akan memberi tindak balas pada bende asing tu..macam tu lah jugak kehidupan kita..kalau tak de bende baru yang kite lalui kite tak kan membina sistem ketahanan untuk menghadapi dugaan yang lebih besar... tapi antibody yang dah develop tu tak kekal pada paras yang sama..dia akan jatuh jugak jadi kite perlu bagi suntikan yang kedua supaya paras antibody tu akan meningkat.. kalau tak suntik paras antibody tu akan jatuh.. jadi kat sini lah ana nampak segala hikmah di sebalik ujian yang datang bertimpa-timpa ni... rupa-rupanya Allah sentiasa nak berikan suntikan pada ana supaya ketahanan ni tak jatuh merudum tapi sentiasa membina ketahanan dalam diri..alhamdulillah... masa kene suntik mesti la sakitkan tapi kesan lepas tu adalah untuk kebaikan kita... jadi macam tu lah kehidupan kita.. memang sakit sikit bile diuji tapi ujian tu memberi kite kekuatan dan ketahanan iAllah.
Semoga kita semua akan diberikan kekuatan dan ketahanan bile diuji dan lebih matang selepas diuji untuk meneruskan kehidupan kita di buminya...tak kisah la sama ada kat bumi malaysia (tempat kita sendiri) atau pun di mana jua di bumi Allah ni kita berada. Kita merancang, Allah juga merancang tapi dia lah sebaik-baik perancang.. Ya Allah semoga kau sentiasa memberi kekuatan pada aku, dia dan mereka semua..ameen....
ok dah2..tak leh lame2..tak abis study lagi =p..nanti kalau mood menulis datang lagi iAllah kite bersua lagi..salam perjuangan buat sahabat2 yang sedang imtihan, bitaufik wannajah.. kepada sahabat2 yang sedang diuji ana doakan agar terus tabah dengan ujian yang diberikan... ingatlah jangan ditangisi mentari yang hilang kerna mungkin di sebalik mentari yang hilang tu Allah nak hadiah kan sang pelangi yang penuh warna warni untuk meceriakan dan mencorakkan kehidupan kita yang hanyalah pinjaman semata-mata..bile2 je boleh dijemput balik... Tabah ye wahai diri dan rakan2..salam perjuangan dan mujahadah.. ingatlah bahawa kite lah mujahid-mujahidah kecil yang sedang bertarung di medan pertempuran melawan musuh kite sang nafsu dengan senjata yang jauh lebih power dr senjata-senjata canggih iaitu akal dan iman yang menjadi bekalan...
"Kalau tiada keyakinan pada diri sendiri, yakinlah pada Allah..iAllah dia tak akan menghampakan kita selagi kita masih yakin padaNya.."
"semakin dekat kita berjalan menujuNya semakin laju Dia mengahampiri kita tapi semakin hampir kita dengan Dia semakin banyak dugaan yang akan datang bersua"
salam ukhuwah dan salam sayang buat semua =)
wassalam..
No comments:
Post a Comment