Thursday, April 06, 2006

Tuhan
Terasa lembutnya belai sayangmu
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi
Adakalanya terasa membahang kemurkaanmu
Seiring patahnya sayap mujahadahmu
Tuhan
Langkahku bagaikan mati
Mendaki kasihmu nan sayup tinggi
Namun cintaku bukan palsu
Biar langkah ku ke sana sering terganggu
Tuhan
Terlerai sudah ribuan taubatku
Terungkai bersama semua janjiku yang dahulu
Kataku sering mungkir
Walau ku tahu cintamu tidak pernah meminggir
Tuhan
Walau apa pun aku masih terus di sini
Mengemis di dermaga janjimu yang pasti
Di sini aku masih mendamba kasih
Kerana ku yakin kasihmu tak pernah sirna selama-lamanya

No comments: