Friday, March 24, 2006

SALAM PERJUANGAN...

Alhamdulillah....
Kalimah yg sgt agung ertinye sekira kite sebagai hamba betul2 menghayati maksud kalimah ini...
Alhamdulillah ana masih lagi bangun dari tidur dengan nikmat iman dan islam.
Alhamdulillah ana masih dikurniakan kesihatan yg baik
Alhamdulillah diri ini masih bernafas untuk memenuhi tuntutan sebagai hambanya
Insya'Allah.. Ana harap sahabat2 semua juga turut menyedari akan 2 nikmat yg paling besar ini iaitu nikmat iman dan islam...

Setelah sekian lama blog ni ana biarkan terbengkalai akhirnya ana peroleh semula kekuatan untuk kembali berkarya dan berkongsi input yg ana dapat dgn sahbat2 di luar sana..Walaupun ana sedar diri ini serba kekurangan namun tugas dakwah itu tetap wajib diteruskan. Kalau bukan kita yg memikulnya siapa lagi yg kita mahu harapkan? Tak kan nak biarkan org kafir pulak meneruskan tugasan dakwah ini?
Tak mungkin sahabat2 ku...
Tugas dakwah ini adalah amanah Allah untuk kite semua selagi kita mengucap dua kalimah syahadah "Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah" dan mengakui bahawa kita ini masih seorang muslim.

Baru2 ini ana diajukan satu persoalan yg berjaya membuat ana berfikir panjang...
Apakah kita ikhlas dengan apa yg kita lakukan semata-mata kerana Allah S.W.T?
Atau sekadar ingin mencari glamour? mencari nama? mencari sanjungan manusia?
Tepuk dada tanya iman...
Namun kita tidak sepatutnye terus membiarkan persoalan2 ini melemahkan semangat juang kita sebagai dai'e dan murabbi dijalan Allah. Kadang2 kita tidak boleh lari dari realiti. Kita melakukan sesuatu sebab inginkan seusatu. Di sinilah pentingnya konsep IKHLAS...
Apa itu ikhlas?
Bagi ana soalan ini amat sukar dijawab.Macam mana kita tau kite ni ikhlas ke tak? Kalau kita cakap kita ikhlas betul ke kita ikhlas? Kalau kita ikhlas kenapa kita perlu cakap kita ikhlas?
Disebabkan ini lah juga ana pernah lemah semangat. Rasa diri tidak cukup ikhlas berjuang di jalanNYA. Tapi kalau kita semua memikirkan tahap keikhlasan diri ana rasa usaha dakwah ini tak kan berjaya.Kalau asyik menilai kelemahan diri tanpa cuba memperbaikinya sia2 sahaja penialaian yg kita buat tu. Jadi kesimpulannya sahabat2 janganlah kita mencari alasan untuk kita tidak berdakwah di jalan Allah. Alasan tidak akan pernah habis..Memang mudah mencari alasan tp sukar untuk atasi alasan2 yg kita cipta sendiri.

Memang diakui manusia ini lemah dan sejak lahir kite semua telah dibekalkan dengan nafsu. Tinggal lagi yang membezakan tingkat keimanan dan ketaqwaan seseorang adalah sejauh mana individu tersebut mampu mengawal tuntutan nafsunya. Sekali nafsu beraja pasti susah untuk kita menundukkan ia semula..jd ana menyeru diri sendiri dan sahabt2 yg dikasihi kerana Allah marilah kita sama2 berusaha agar usaha dakwah ini dapat diteruskan walau di mana kita berada.Ingat jangan mudah mengalah dengan nafsu..Sesungguhnya apabila nabi Muhammad S.A.W ditanya apakah jihad yg plg besar? Jawab baginda "perang itu hanyalah jihad yang kecil..jihad yg besar adalah jihad melawan nafsu" Semoga kita sama2 berusaha untuk mendapatkan jihad yang besar ini..Insya'Allah

Kepada sahabat2 yang dikasihi..akhawat2 yg ana kasihi dan sentiasa memberi semangat..Kak Ayu, Kak Yus.. doakanlah agar adik kalian ini masih berada di landasan yg sebenar. Doakan lah agar ana diberi kekuatan untuk meneruskan jihad dan usaha dakwah disini..insya'Allah. Kiranya kalian nampak diri ini terlalai dan alpa terbiyahkanlah diri ini dgn ajaranNya.
Kiranya diri ini mulai tersasar dr landasanNya paut lah kembali ikatan ukhuwah yg pernah kita bina bersama
Kiranya diri ini terlena diulit nikmat dunia, sedarkan lah diri ku dari lena
Semoga iktan ukhuwah yg terjalin kekal selamanya..


....Salam perjuangan buat kalian dari Nizhny....

24 mac 2006

2 comments:

Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin said...

Assalamualaikum buat adik akak yg disayangi selalu..mashaAllah, a nice thought, anyway..inshaAllah..kita semua akan saling mendoakan antara satu sama lain..akak pun kdg2 selalu terleka dgn kesibukan dunia...marathon dunia yang tak pernah berkesudahan (i suppose)..tp, mmg betul..no matter what happens..tanggungjwb masih dibebankan di atas pundak kita semua..we have to work on it..yg penting, ingatlah wani..usaha itu hak kita..tapi natijah dan penilaian itu..we leave it solely for Allah...because He is the great of assessor...right, wani?

InshaAllah, salam perjuangan dari monash melbourne..dan kakak2 seperjuangan wani yg lain juga...ana uhibbuki fillah abadan abada...jaga diri =)

wardatul_asrar said...

Terima kasih banyak kak yus..doakan wani ye semoga wani dapat mengikut jejak kak yus tabah dalam perjuangan... rindu dekat kak yus rindu pada akak2 kat intec dulu kalaulah boleh dikembalikan semula mase tu masyaAllah mesti seronok tak de la wani rase sorang2 macam kat sini..sekarang ni pun dah banyak tersasar rasa diri makin lemah kak yus.. doakan wani selalu ye kak yus pun take care semoga terus tabah dan kuat =)