Tuesday, December 06, 2005

INGATAN DARI SAHABAT BUAT SAHABAT...

Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini
Taktala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah

Sahabatku,
Kebimbanganku ini kian menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu

Sahabatku,
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikkannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Sahabatku,
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu
Kerana apa yang ku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga yang gugur bagaikan tibanya musim luruh

Sahabatku,
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
Menanti kekasihnya di pintu syurga

Sahabatku,
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci lagi terpuji
Kerana aku tak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga- bunga itu mekar mewangi
Sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau Sahabatku,
Kadangkala musim berganti
Sehingga kau tak dapat kembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jagalah kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Sahabatku,
Aku bukanlah memandang kecantikkanmu itu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Bukan itu yang ku harapkan Aku yakin
Sahabatku Masih ada sinar harapan yang bisa membuat aku tersenyum lega
Kerana akan aku temui ratu yang benar-benar
Ratu idaman kalbu ..

No comments: