Monday, December 12, 2005

BANGKITLAH WAHAI MUJAHID MUJAHIDAH...

Wahai diri,
Tabahkan la dirimu tika ujian datang menyapa
Jangan dibiar nafsu beraja
Kala dirimu lemah kembalilah pada yang Esa..
Hanya padaNya sebaik-baik tempat sandaran..
tempat untuk hamba2 yang hina ini bergantung harap..

Wahai diri,
Jangan kau biar dirimu hanyut dalam lautan nafsu
Lemas dalam godaan dunia
Lemah dengan ujian yang tidak seberapa
Rebah bersama sikap mazmumahmu
Tunduk pada si durjana yang pandai menganyam kata
Bermadah puisi indah membisikkan agenda keji di pendengaranmu
Jangan biar dirimu tersungkur tanpa mampu untuk bangun semula...
BANGUN! sedarlah dari lena mu
Jangan dipersiakan anugerah yang telah dikurniakan padamu..

Wahai diri
Sudahkah Kau fikir perasaan umi dan abah?
Adakah mereka akan tersenyum melihat dirimu sekarang
Atau mereka tersedu-sedu menangisi keadaamu
Bagaimana tinggi harapan yang mereka sandarkan padamu
Jangan demi nafsu kau membuatkan air mata mereka mengalir..
Melihat dirimu tersungkur di medan perjuangan
Kau anak harapan ayah dan ibu..
Kau mesti kuat
Kau mesti tabah..
Tidak Allah turunkan ujian kiranya hambaNya itu tidak mampu..
Kau insan terpilih..
Sedarlah wahai diri..

Wahai diri
Peliharalah piala hatimu
Agar ia terus bersinar
Menerangi hidupmu dan orang disekelilingmu
Agar sama2 tidak tersesat jalan

Wahai diri

Ingatlah...kau tidak pernah kesorangan
Tika kau merasa letih dan semangatmu terbang dipuput bayu,
Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya
Tika tangisanmu berpanjangan & kedukaan melandamu
Allah mengira tiap titisan airmatamu
Tika kau rasa dirimu ketinggalan dan masa meninggalkanmu
Allah setia disisimu
Tika kau telah mencuba segala tapi kabur tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian
Bila tiada yang bererti buatmu, keliru, & kecewa,
Allah adalah jawapannya..

wardatul_asrar05 (12 disember 2005)

No comments: