GODAAN SYAITAN
Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara
strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan
memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki
kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis
su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu
kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari
garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan
hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para
wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup)
itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar
pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak
ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan
namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau
kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada
masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika
seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang
lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian
penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab
adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan
memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen
). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka
hijab syar'i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip
hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang
lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka,
maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada
sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta
(siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan
masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai
pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan
ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa
saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka
datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada
peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni
terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut
sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk
mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang
pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil
sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka
bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah
lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang
tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif
lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu
saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang
lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak
fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat
yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang,"
syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian
yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent.
"Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya
masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang
agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia
menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya
membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari
makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah
mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang
ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana
biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya
"cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu,
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau
duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah
hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu
akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan
energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang
benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga
lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih
selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau
naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak
apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita,
hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang,
hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang
dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya.
Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain
yang lebih "power", tujuannya agar para wanita
menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang
benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah
sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok
kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru
agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau
kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar
tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang
kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang
tetap menamakannya dengan jilbab."
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini
terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan.
Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk
berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan
ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil
peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata
kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan,
buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali
hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih
kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain
yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh
betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah,
hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja."
Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh
betis."
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah
menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja
yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat
separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah
berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan
jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini
tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu.
Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah
jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau
zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga
setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi
dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki,
tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan
pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya
harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya
hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas
lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum
lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman
dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita
menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka
lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat
tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum
lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang
terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow,
bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah,
kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di
sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang
berjenama di pusat membeli belah, semuanya
memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita
maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan
menjadi wanita yang ketinggalan zaman."
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh
betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang
memakainya dan sedikit sekali orang yang
mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan
melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk
melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian
sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka
datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian
memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang
ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala
harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian
bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang
terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada
sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen
lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya
sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta,
bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian
malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain,
tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia
miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,
semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang
sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau
sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi
serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam
renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua
wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja
yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada.
Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut
dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus
ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan
berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum
Wanita."
Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua
sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat
umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian
sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan,
engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung
sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.
Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga
manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka
hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat
gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita
kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil
tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana
kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka
sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya.
Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan
mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka,
selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan
mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik
di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy
syaithani", Adnan ath-Thursyah
No comments:
Post a Comment