Sunday, April 27, 2008

Lemah dan kerdilnye diri ini...

Assalamualaikum buat diri...

Sungguh terasa sangat penat dan lesu. Lesu dengan ujian yang menimpa diri..(astaghfirullah)
Bukan mudah menjadi seorang pemimpin..tak mudah juga menjadi seorang daie.. seribu satu ragam manusia akan ditemui..

Ada kala ia membuat kite tersenyum, ada kala terasa lucu dan tak kurang juga yang menguji kesabaran dan bisa membuatkan diri ini menangis..Sungguh diri ini seorang perempuan yang sgt lemah..Ya Allah padamu aku memohon segala kekuatan..

Kadang2 rase seolah diri ini semangat sorang2..adik2 usrahku mungkin tak memahami atau tak dapat rasakan semangatku..mungkin juga mereka merasakan aku tak layak menjadi kakak usrah mereka lantas segala nasihat dan ajakan ku dipandang sepi.. Akak dengan rendah diri memohon kemaafan dari kalian kerana tak mampu menjadi pendamping kalian yang baik..

Tuhan berikan aku kekuatan dan ketabhan hati..semoga aku terus thabat ji jalanMu

Kadang2 kite terlalu alpa dengan urusan duniawi hingga seringkali mengabaikan tanggungjawab diri pada Dia yg satu. Berat memang berat nak meleraikan rantai duniawi yang melingkari diri..namun wahai diri sedarlah urusan kita bukan terhenti di dunia yang sementara ini..jalan hidup masih panjang matlamat kita di akhirat sana..

Semoga kita semua dibukakan pintu hati amin..

Monday, April 07, 2008

Jzkk ya ukhti....

Tuhan, sentuhlah hati sahabatku ini saat DIA JAUH DARI-MU...
peluklah hatinya saat DIA MENCINTAI SESIAPA LEBIH DARIMU...
peliharalah IMANNYA selalu dan jangan biarkan DIA TERHASUT DGN KESERONOKAN DUNIA YANG SEKETIKA CUMA... banyakkanlah BERISTIGHFAR,BERDOA dan MENANGIS dihadapan ALLAH agar diberi kekuatan dan kesabaran....kerana setiap sesuatu datang dr Nya....
KUATLAH SAHABATKU YANG KU KASIHI KERANA ALLAH .......

Terasa nak menitis airmataku mendapat sebuah pesanan ringkas dari ukhti yang jauh nun di bumi Malaysia.. sudah lama tak bersuakan..
Ya ukhti banyak yang nak diperkatakan dgn kak yus tapi ada sahaja halangan2 yg mendatang
amin...terima kasih atas doa dan titipan semangat yang ringkas namun penuh bermakna
Semoga ukhti sentiasa dalam peliharaanNya

Semoga sekeping hati yang lemah dan hina ini diberi kekutan olehMu yaAllah...

Sunday, March 30, 2008

Mutiara kata (iii)

"Sekali-kali tidak Allah mengurniakan nikmat kepada seorang hamba, kemudian Dia tarik nikmat itu dan Dia gantikan dengan kesabaran, kecuali bahawa Allah menggantikannya dengan yang lebih baik dari apa yang telah Dia cabut darinya." -Umar Abdul Aziz r.a

Monday, March 24, 2008

Mampukah aku menjadi yang terbaik..

Soalan yang selalu bermain di benakku.. Aku ingin menjadi yang terbaik untuk penciptaku, mak ayah, kakak, adik2 saudara mara, rakan2,guru2, bakal suamiku, anak-anakku kelak.
tp mampukah aku sebagai insan lemah menggembirakan semua org..membahagiakan semua orang...
Susahnye nak puaskan hati semua orang dan mungkin tak akn pernah mampu. Apakah aku dilahirkan untuk hidup bersendirian agar aku tidak menyakitkan hati insan2 lain..Ya Allah andainya takdir ku begitu aku serahkan hatiku untukMu...Lorongkan lah aku menjadi hamba yang terbaik untukMu..amin...
Sungguh hati kecilku sering menangis bila ada hati yg tergurid di sebabkanku. Tuhan berikanlah aku kekuatan
Untuk insan2 yang pernah kusakiti kemaafan jua yang kupinta..Diri ini sgt lemah aku akui aku sgt sukar untuk mengerti ape yang kalian semua harapkan dariku..
Aku hanyalah insan biasa..

Friday, March 21, 2008

Tentang cinta..

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Sunday, March 16, 2008

Harap mengerti isi hatiku...

Tak mudah untuk memahami dan difahami...
Apalah gunanya kita memiliki sesuatu di atas kesengsaraan dan kesedihan org lain
Semoga bertemu dgn bahagia yang dicari..
Pintaku agar kau benar2 bahagia..

Dua tiga hari ni hatiku tak tenteram entah mengapa sukar untuk dimengertikan..
Mood study pun dah melayang entah ke mana
Susahnye nak faham ape yang bermain dalam fikiran dan hatiku
Adakala kedua-duanya bercaggah,
aduh pening2..
Kepada yang ada terasa hati dengan perilaku diri ini sejuta kemaafan kupohon..
Agar kalian mengerti..

Saturday, March 15, 2008

Kerana dia manusia biasa..

Assalamualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni rase sangat malas dan tak de mood nak buat ape2..kenape ye? (Ya Allah berikanlah aku kekutan dan ketenangan amin..)

Tengah bosan2 tetibe nampak status menarik tuan empunya ialah mar-chan~ rakan ku di prague rakan yang baru sekali bertemu tapi rase mcm dah lame jumpe hehehe..
Pantas jemariku menekan pautan yang menjadi status mar chan~ terpampanglah halaman blog yang penuh contengan si mar ni =D

tibe2 hati rasa terpaut dengan entry terbaru mar ni yang difahamkan turut di copy paste dari halaman blog ukhti yusrina juga kakakku yg dulu belajra di Ausie..tapi sekrang dah keje kan kak yus =) saje rase nak kongsi dengan kawan2 sume menyentuh hati sungguh warkah cinta yang luar biasa ini..
.........................................................................................................................................................................

Kerana Dia Manusia Biasa ...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Bermacam-macam jawapan akan saya terima.. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan berbaur duniawi.Tapi, ada SATU jawapan yang sangat menyentuh hati saya. Hingga saat dan waktu ini, saya masih ingat setiap perincian kata-katanya. Jawapan itu datang dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya, bagi saya sungguh ajaib.Mereka hanya berkenalan 2 BULAN . Lantas, terus membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Untuk seorang gadis ( sahabat saya itu ) yang bukan dari kumpulan usrah, ia memeranjatkan saya. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak akan hairan kerana proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Namun dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati pada mana-mana lelaki.. Ketika dia menyampaikan hasratnya untuk bernikah, saya lansung tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Mungkin bagi saya, ia terlalu awal untuk benar-benar mengenali seseorang. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya... Benarkah dia? Seriuskah dia?Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu ? Apakah yang dilihatnya pada si pemuda hingga 2 BULAN sudah memadai untuk suai kenal.. Memikirkan sikap sahabat saya, saya yakin dia akan memilih dengan berhati-hati. Bisikan di hati saya, mengatakan yang pastinya pemuda itu mempunyai sesuatu kriteria yang istimewa. Jika tidak, masakan seorang yang cerewet seperti sahabat saya itu bisa memutuskan untuk bernikah secepat ini. Sayangnya, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).Hinggakan tiada kesempatan untuk saya melontar pertanyaan yang berlegar-legar di kepala.Saya tidak dapat membantunya dalam menyediakan keperluan pernikahan. Tidak seperti yang saya inginkan . Yang termampu hanyalah menyampaikan idea dan pendapat serta menjawab sebarang pertanyaan sahabat tercinta melalui teknologi yang bermula dengan ciptaan encik Alexander Graham Bell, handphone (",)Beberapa kali juga saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Saya berharap agar hari-hari yang diluangkan bisa merapatkan ukhuwah yang sedikit berjarak lantaran sibuknya kami dengan urusan masing-masing. Apatah lagi, sahabat saya itu akan mendirikan rumah tangga. Akan menjadi pembantu kepada pimpinan suaminya. Pasti tika itu, masa untuk bersama-sama akan lebih sedikit.Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, barulah kami dapat berbual-bual . Berdua. Alhamdulillah. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, membuat tubuh badan kami sedikit sengal.Namun, kesempatan yang ada tak ingin kami biarkan.Banyak sungguh perkara yang ingin saya tanyakan. Banyak juga yang dia ingin luahkan. Seringkali, perbualan terhenti kerana mamanya mengetuk pintu, menyuruh kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja."Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.""Betul..Betul" Dia bangun dan mematikan lampu neon bilik . Suiz lampu kuning dari lampu meja ditekan. Dalam suram cahaya itu, kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual tentang banyak perkara ; tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Bagaikan cahaya neon tadi, aura cinta dan persahabatan bagai menerangi bilik ketika itu.Dan akhirnya terlontar juga pertanyaan yang selama ini saya pendamkan."Kenapa kamu memilih dia?"Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraba HP dibawah bantal yang saya gunakan.. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Saya sedikit keliru. Surat penerimaan bekerjakah? Penyata gaji kah? Kerutan di kening saya buat si sahabat tertawa."Buka aja." bilangnya sambil menepuk bahu saya.Sekeping kertas ditarik keluar. Kertas putih bersaiz A4 itu bukan penyata gaji ( alhamdulillah. hihihi ), tapi surat."Teruknya dia ni." usik saya kepada sahabat tercinta, kerana si pemuda menulis surat menggunakan kertas dari Syarikatnya.. Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum, sementara gadis dihadapan saya cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
Kepada Yth ........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu'alaikum Wr WbMohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapiyang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluanisteri dan anak-anak saya kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannyaakan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapakelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi
kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa. Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan
merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.
Saya tidakberani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebihbaik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban padasaya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridhodengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu'alaikum Wr Wb
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Inilah kali pertama saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
Saya menatap sahabat disamping saya. Dia merenung kembali dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.
"Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalau ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara cengkerik terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing."Udah .Tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama.Lagi pula, mana pernah ada pengantin yang tertidur ketika akad nikah." gurau ku.
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan mampu untuk tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya, sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya, itulah yang terbaik. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.Itu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.Maka, segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.Maka semua menjadi indah.Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.
Amin.Wallahu 'alam

........................................................................................................................................................................

Seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah
wanita solehah untuk lelaki yang soleh dan begitulah sebaliknya..

Semoga kami diberi peluang dan dilorongkan ke arah keredhaanMu
Ya Allah permudahkanlah urusan kami untuk mencapai redhaMu..hindarilah kami dari maksiat ya Allah..Sesungguhnya kami lemah..lemah dengan ujian dunia yang sedikit cuma lemah dengan dugaan hati dan perasaan yang Kau berikan kepada kami..
Pasti ada hikmah tersembunyi kenapa kita diuji...
Semoga kami diberikan kesempatan utuk menjadi hambaMu yang soleh dan solehah..
Amin..